PRU-15: Muhyiddin minta senarai calon Bersatu, kata Mas Ermieyati

September 12, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta semua ketua bahagian parti itu mengemukakan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ianya membabitkan pencalonan pada peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian untuk disenarai pendek sebelum diputuskan pada peringkat tertinggi parti.

Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata semua ketua bahagian sudah diarah berbuat demikian dengan mengambil kira pandangan ahli peringkat akar umbi, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak, dicalonkan.

Selain itu, beliau berkata, Srikandi Bersatu juga sudah diminta menyaring dan membuat pencalonan bagi memastikan wanita turut diberikan peluang mempertahankan kerusi sedia ada pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, selain merampas kerusi parti lawan.

“Semua peringkat boleh mencadangkan, contohnya saya Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, akan mengemukakan cadangan itu.

“Walaupun saya Ahli Parlimen Masjid Tanah daripada Bersatu, saya akan mengadakan mesyuarat bahagian minggu depan untuk membincangkan nama yang sesuai dan layak,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan dana RM45,000 kepada sembilan sekolah dalam Parlimen Masjid Tanah di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah, hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu berkata, beliau turut membantu Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun meneliti senarai calon sayap berkenaan dalam usaha membantu parti memenangi hati pengundi pada PRU-15.

“Beliau (Rina) akan dapat senarai pada peringkat akar umbi Srikandi dan kami akan menyenarai pendek nama mereka sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Ditanya kesediaannya mempertahankan Parlimen Masjid Tanah jika diminta pucuk pimpinan untuk berbuat demikian, Mas Ermieyati berkata:

“Soal sama ada saya dipilih sebagai calon atau tidak, kita memang sentiasa bekerja untuk memperkukuh parti peringkat cawangan, bahagian dan negeri. Jadi, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.”

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, semalam, yang bertekad merampas kerusi Parlimen Masjid Tanah, selain Alor Gajah, Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya.

Ab Rauf juga dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memastikan BN kekal di Parlimen Jasin pada PRU-15.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan Parlimen Kota Melaka yang dikuasai DAP sebagai antara kerusi ingin ditawan BN.

PRU-15 di Melaka akan hanya membabitkan pertandingan di peringkat enam Parlimen berikutan Pilihan Raya Negeri sudah diadakan pada November tahun lalu.

Berita berkaitan
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
18 jam lalu· Politik
Kenyataan Muhyiddin disalah tafsir, kata Ketua Sayap Bersekutu Bersatu
September 28, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
11 jam lalu · Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
11 jam lalu · Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
12 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
16 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok