PRU-15: Matlamat Shahidan Kassim tamatkan penguasaan BN di Perlis

November 10, 2022 · Politik

Veteran UMNO yang kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mempunyai masalah dengan PAS mengambil alih sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selepas diketepikan daripada barisan calon UMNO dan dipecat daripada parti itu, Shahidan mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang disandangnya selama empat penggal atas tiket PAS di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Tiada masalah (dalam PAS mentadbir Perlis), PAS adalah Bumiputera Islam,” katanya menurut The Malaysian Insight.

Penyandang Ahli Parlimen Arau itu percaya UMNO menggugurkannya sebagai calon kerana kepercayaannya dalam menyatukan masyarakat Islam di Malaysia yang berbilang kaum, atau apa yang disebut sebagai perpaduan ummah.

Beliau berkata keputusan UMNO itu tidak secocok dengan sentimen sebenar pengundi dan akar umbi.

“Saya setuju, (dan) PAS bersetuju dengan perpaduan ummah. Hanya pemimpin UMNO yang tidak bersetuju, tetapi rakyat bersetuju. Akar umbi UMNO menyokong perpaduan ummah,” kata Shahidan.

Ketika diminta mengulas laporan pemuda berbaju hitam yang memaparkan gambarnya, Shahidan berkata ini membuktikan beliau sentiasa menjadi sokongan pemuda, bukannya UMNO.

“Saya tidak perlu bercakap (mengenai sokongan), ini semua orang muda. Setelah sekian lama, mereka masih tidak mengenali UMNO, mereka hanya mengenali Shahidan.

“Selama lebih empat tahun, mereka (UMNO) tidak pernah membantu saya,” kata Shahidan lagi.

Matlamatnya pada PRU-15 adalah untuk menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Perlis, dan agar negeri itu mengikut jejak langkah Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk dikuasai oleh PAS.

“Insya-Allah, kita doakan Perikatan Nasional berjaya memerintah negara ini, tetapi yang penting Perikatan Nasional akan menawan Perlis. Satu undi untuk Perikatan Nasional adalah satu undi untuk perpaduan ummah,” kata Shahidan.

Bagi PAS dan Perikatan Nasional, mereka melihat pengaruh Shahidan dalam politik Perlis sebagai faktor penentu yang akan menjamin kemenangan negeri.

“Saya lihat dia mempunyai ramai pengikut yang setia kepadanya. Anak-anak muda ini menunjukkan bahawa dia mempunyai ramai penyokong. Dia menang kerana sokongan akar umbinya yang hebat,” kata Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin.

Perikatan Nasional perlu memenangi sekurang-kurangnya lapan kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, dan mereka yakin enam kerusi, dengan dua lagi bergantung kepada pengaruh Shahidan.

“Daripada sembilan (itu) kita bertanding, jika kita boleh mencapai enam kemenangan, jika Bersatu menang beberapa, kita boleh membentuk kerajaan negeri bersama-sama.

“Kita kalah di DUN Simpang Empat pada PRU-14, tetapi kali ini orang Shahidan akan bantu kita menang. Di kawasan Kangar dan Padang Besar, saya percaya kita boleh menang beberapa lagi kerusi DUN.

“Tidak mustahil untuk membentuk kerajaan selepas itu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
9 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
6 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
16 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok