PRU-15 : Maszlee kena sembur masa lawat PPS

November 13, 2022 · Politik

Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Simpang Renggam ‘diserang’ dua lelaki ketika cuba melawat sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan itu, hari ini.

Dr Maszlee Malik yang merupakan penyandang kawasan itu dituduh sebagai pembohong dan dipertikaikan sumbangannya sepanjang bergelar wakil rakyat.

Malah salah seorang lelaki berkenaan melempatkan perkataan ‘kencing’ kepadanya yang boleh ditakrifkan seperti bohong atau tipu.

Namun perlakuan lelaki tersebut berjaya dihalang anggota polis yang bertugas dan membawanya menjauhi Maszlee.

Bekas menteri pendidikan itu kemudiannya didatangi seorang lelaki lagi yang berlawan mulut sambil menuntut sumbangan Maszlee di situ.

Kejadian tersebut dirakam dan video berdurasi 1 minit 29 saat itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata kejadian itu sempat dihalang anggota bertugas daripada berlarutan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang sudah mengesan satu klip video berdurasi 1 minit 29 saat di aplikasi Whatsapp.

“Video klip terbabit juga memaparkan seorang ahli politik bertengkar dengan penduduk di sebuah pusat pemindahan sementara mangsa banjir.
“Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Dewan Utama, Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam.

“Kejadian ini menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua belah pihak,” dalam satu kenyataan, lapor BH.

Dalam pada itu, Maszlee yang menghadapi provokasi berkenaan sempat menasihati dua individu tersebut supaya malu terhadap tindakan masing-masing yang boleh ditonton oleh dunia serta memalukan keluarga mereka sendiri.

PPS itu masih menempatkan 27 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas banjir kilat, malam tadi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu· Isu semasa
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok