PRU-15: ‘Lakonan’ rugikan negara

October 8, 2022 · Politik

Spekulasi berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam tempoh terdekat hanya merugikan negara apabila pelabur luar juga takut dan menangguhkan pelaburan mereka.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Redzuan Yusof berkata pelabur yang berhasrat untuk masuk ke negara ini juga terpaksa menangguhkan perancangan mereka kerana mahu melihat keadaan politik selepas PRU-15.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah dilaporkan turut mengingatkan kerajaan sekarang tidak bermain wayang dengan mengadakan bajet prihatin dan sebagainya.

“Saya agak kecewa dengan lakonan sebegitu. Kepimpinan perlu ada keberanian untuk membuat keputusan yang menguntungkan rakyat,

“Saya rasa tidak perlu spekulasi dan sampai bila mahu begini?. Apabila tiba masanya kita bubarkan. Bajet 2023 juga sudah dibentangkan dan akan dibahaskan untuk kelulusan, jadi biarkan proses itu berjalan hingga selesai dan kemudian bubarlah Parlimen.

“Jadi jangan ‘berlakon’ kerana kita tahu bajet ini adalah untuk pilihan raya. Pada saya Mac tahun depan adalah masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti banjir, kemelesetan ekonomi dan proses bajet digazetkan,” katanya menurut Utusan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Marrybrown Cawangan Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa erajaan tidak terus bermain tarik tali berhubung status pembubaran Parlimen selepas Bajet 2023 selesai dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam.

Redzuan berkata, secara peribadi beliau berpendapat kerajaan wajar membubarkan Parlimen dalam masa terdekat sekiranya benar mahu berbuat demikian.

Katanya ia penting bagi mengelakkan sesi perbahasan dilihat sebagai proses sia-sia kerana perbelanjaan tersebut memerlukan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum digazetkan.

“Kalau hendak bubar (Parlimen) sekarang, bubarlah. Kita negara demokrasi tetapi kena fikirkan juga kesan pembubaran kepada orang ramai yang hendak mengundi dalam keadaan diramalkan banjir dan ekonomi rakyat yang masih belum pulih,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
58 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok