PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen

September 25, 2022 · Politik

Populariti Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai barisan kepemimpinan negara masa depan, dalam kalangan pemimpin UMNO dilihat terus bertambah, apabila beliau terus ditawarkan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO bahagian telah menawarkan kerusi Parlimen kepada Khairy, termasuk dari Sabah, setelah tular berita mengatakan kerusi yang disandang beliau sekarang, Rembau, akan diambil oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terbaharu, UMNO Bahagian Alor Setar pula mengalu-alukan jika bekas Ketua Pemuda UMNO itu mahu bertanding di kawasan Parlimen Alor Setar, memandangkan Khairy tidak asing lagi bagi penduduk daerah itu.

Parlimen adalah kerusi tradisi bagi MCA, namun UMNO bahagian itu mendesak ianya diberikan kepada mereka kerana kegagalan calon MCA memperoleh sokongan. Komposisi pengundi di Parlimen berkenaan yang mana memiliki lebih 65 peratus pengundi Melayu dan hanya 23 peratus pengundi Cina.

Ketua Bahagian UMNO Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail dipetik sebagai berkata pihaknya mengalu-alukan Khairy yang turut dianggap sebagai tokoh dan aset penting masa depan negara malah menjadi kelebihan besar untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali merampas Parlimen berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH).

“Saya ada dengar juga KJ (Khairy) nak mai (mahu datang) bertanding di (Parlimen) Alor Setar dan saya amat mengalukan, perkara yang paling penting adalah UMNO yang bertanding. Siapa calon itu saya sentiasa ‘open’ sebab saya orang meniaga, politik nombor dua, meniaga nombor satu.

“(Tetapi) kalau ada calon, contohnya macam KJ, (itu memang kelebihan untuk kita sebab) dia aset negara. Kalau dia bersetuju untuk datang bertanding di (Parlimen) Alor Setar, ‘welcome’, kita memang alukan. Jadi kita pun boleh bernaung di bawah payung yang besar,” katanya menurut laporan media.

Mohd Yusof berkata demikian ketika sidang media selepas Program Ramah Mesra dan Jualan Harga Patut peringkat Parlimen Alor Setar di Shahab Perdana semalam.

Beliau turut mengesahkan telah mengadakan berbincangan dengan Khairy berhubung perkara berkenaan.

Katanya pelawaan daripada UMNO Alor Setar dibuat memandangkan keluarga Ahli Parlimen Rembau itu juga berasal dari kawasan Parlimen itu.

“(Saya) ada (berhubung dengan KJ) dan berbincang sedikit sebanyak. Saya (sangat) ‘welcome’, saya kata, ‘boss’ kalau you fikir sesuai, saya setuju sahaja. Saya pun memang menjemput dia, sebab dia pun dengan Kedah bukanlah lari banyak. Emak dia pun orang sini, orang Alor Setar, jadi dia kalau tak ada tempat lain, (boleh bertanding di sini).

“Tetapi mungkin dia tak mai kot, jauh… Mungkin dia selesa di Negeri Sembilan. Ramai juga bagi dia tawaran sebab dia aset negara dan kita perlukan dia pada masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, selepas mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15 untuk memberi laluan kepada Mohamad, Khairy mengakui beliau bimbang memikirkan masa depan kerjaya politiknya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, sehingga sekarang beliau masih belum mempunyai kawasan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.

Sebelum ini, Khairy secara berseloroh mengatakan akan bertanding di Kedah pada PRU-15 kerana ibunya berasal dari negeri itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok