PRU-15: KJ risau belum ada kawasan Parlimen untuk ditandingi

September 24, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengakui beliau masih belum mempunyai kawasan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setelah kerusi yang disandangnya sekarang bakal diambil alih pemimpin UMNO lain.

Kebimbangannya berhubung perkara itu melangkaui kerisauan Kabinet sama ada akan mengadakan PRU-15 tahun ini atau sebaliknya, jelas Menteri Kesihatan itu seperti dilaporkan BH, sambil mengakui memikirkan kelangsungan hayat politiknya.

“‘Concern’ (kebimbangan) saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU-15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia (ADAMS), di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas beberapa kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lalu sebelum bersetuju mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Antara kebimbangan berkenaan adalah musim banjir, selain mempertimbang keputusan enam negeri yang tidak setuju membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain,” kata Khairy.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) kemudian mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15, namun tidak menyatakan sama ada di Rembau atau lokasi lain.

Bkas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata kedudukan calon dan kerusi bagi BN mahupun UMNO belum dimuktamadkan dan kenyataannya berkaitan Rembau sebelum ini hanya mengenai soal kesiapsiagaan jentera parti.

Dalam reaksi balasnya, Khairy mempertahankan pendedahannya adalah benar dan beliau tidak perlu membuktikannya, sambil menegaskan akan menyelesaikan isu itu secara tertutup.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengakui terpaksa akur dengan arahan berkenaan walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok