PRU-15: Khairy tak dapat kerusi selamat

October 21, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan sementara Khairy Jamaluddin hampir pasti akan bertanding di kerusi Parlimen yang gagal dimenangi Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Bekas penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata perbincangan dengan kepimpinan parti semuanya menunjukkan fakta bahawa beliau tidak akan mendapat kerusi selamat.

“Saya telah ditawarkan dua atau tiga kerusi di mana BN telah dikalahkan pada 2018.

“Saya bersedia menerima cabaran ini demi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tablet kepada pelajar UiTM di Seremban, hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022), menurut laporan The Star.

Sudah berminggu-minggu lamanya perbincangan mengenai Khairy kemungkinan besar akan diturunkan di Kuala Pilah, Tampin atau Port Dickson. Ketiga-tiga kerusi Parlimen adalah di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, semalam UMNO Bahagian Tampin mahu anak tempatan diletakkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P133 Tampin pada PRU-15, 19 November depan, sekali gus tiada peluang untuk Khairy diletakkan di situ.

Kuala Pilah dan Tampin sentiasa menjadi kubu kuat BN, tetapi gabungan itu telah dikalahkan di kedua-dua kawasan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Kuala Pilah dimenangi Datuk Eddin Syazlee Shith daripada Bersatu, manakala Tampin oleh Datuk Dr Hasan Baharom (AMANAH).

Barisan juga gagal merampas Port Dickson daripada PKR sejak pilihan raya 2008. Penyandang Parlimen Port Dickson ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di Tambun, Perak kali ini.

Khairy, yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal terpaksa menyerahkan kerusi itu kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Khairy UMNO meminta pendapatnya tentang di mana beliau harus bertanding, tetapi keputusan muktamad diserahkan kepada pucuk pimpinan.

“Memang benar kita tidak boleh mengharapkan untuk diletakkan di kerusi selamat atau kita tidak akan dapat memperjuangkan agenda parti di mana-mana.

“Jadi sama ada suka atau tidak, mesti bersedia untuk bertanding di kawasan yang kita gagal menang sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada Kuala Pilah merupakan kerusi yang paling mungkin dipilihnya, Khairy mengulangi bahawa ia belum dimuktamadkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkemungkinan akan menggantikan Anwar di Port Dickson manakala setiausaha akhbar Aminuddin, Nor Azman Mohamad akan bertanding di Kuala Pilah atas tiket PH.

Parti komponen PH, AMANAH juga mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil bertanding di Tampin.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok