PRU-15 ketika banjir serlah sikap UMNO sanggup gadai nyawa rakyat

October 1, 2022 · Politik

Keputusan UMNO mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini juga walaupun negara bakal berdepan ancaman banjir menyerlahkan sikap politikus parti itu yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata kos mengadakan pilihan raya juga dijangka meningkat sehingga RM100 juta jika ia diadakan pada musim banjir.

Katanya, jangkaan peningkatan kos terbabit bersamaan dengan peruntukan tambahan yang boleh digunakan bagi menyelesaikan isu 3,000 doktor perubatan berstatus kontrak.

“Saya betul-betul terkilan dengan keputusan UMNO/BN semalam yang degil mahu mengadakan PRU walaupun banjir berlaku.

“Jabatan Meteorologi telah memberi amaran bahawa banjir akan melanda seawal bulan November. Jutaan keluarga akan terjejas dengan kerugian mencecah berbilion ringgit, puluhan ribu rakyat terpaksa pindah, malah lebih 50 nyawa telah diragut tahun lepas.

“Sikap UMNO/BN sebegini memadai untuk kita sedar sejauh manakah nilai nyawa dan harta kita di mata politikus ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (1 Oktober 2022).

Ahli Dewan Undangan Semambu itu berkata Presiden UNNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mempolitikkan isu ini dengan mengatakan bahawa PKR dan Pakatan Harapan (PH) takut berhadapan pilihan raya.

Lee menegaskan bahawa PKR telahpun bersiap siaga dengan 80 peratus struktur jenteranya telah pun dilengkapkan, dan jumlah sukarelawan berdaftar sudah mencecah 14,000 orang.

PKR katanya pernah menang lebih 50 kerusi dalam PRU, namun juga pernah mengekalkan satu kerusi sahaja dan rekod ini menunjukkan parti itu tidak pernah berganjak untuk berlawan demi kepentingan majoriti rakyat.

“Yang harus takut adalah mereka yang membankrupkan konsep #KeluargaMalaysia, merisikokan negara dan menggadaikan nyawa rakyat demi kelangsungan politik mereka.

“Ini bukan keluarga Malaysia, tapi komplot politikus namanya,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam tadi (30 September 2022 bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
4 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok