PRU-15: Jangka hayat UMNO terletak pada rakyat, kata Ku Li

September 17, 2022 · Politik

Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat perpecahan yang berlaku dalam UMNO akan menjadi petunjuk sama ada hayat parti itu akan berterusan atau berakhir selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketika sentimen beberapa bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) mahukan UMNO bergerak solo dalam PRU-15 ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata jangka hayat UMNO bergantung kepada rakyat.

“Kalau rakyat masih menyokong UMNO, ia akan terus tegak, kuat, dan berkuasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad (Bhd) Kali Ke-24, di Kota Bharu, malam tadi.

Katanya, ketika zaman Datuk Seri Najib Razak berkuasa, terdapat 13 parti mendukung pimpinan BN ketika itu, sebelum Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih teraju kepemimpinan selepas UMNO tewas PRU-14.

“Pada PRU-14, kita bukan sahaja kalah di peringkat Pusat, tetapi juga di setiap negeri kecuali Perlis. Ada pula perpecahan dalam UMNO di negeri-negeri apabila ada perebutan, di peringkat Pusat, peringkat negeri dan sebagainya sehingga tidak aman sampai sekarang.

“Ada sahaja orang hendak mencelah dan disebabkan itulah, kita selalu merayu supaya ada solidariti dan perpaduan dalam kalangan kita. Sesiapa pun tidak boleh mencelah, kalau kita sepakat,” katanya menurut BH.

Selain itu, Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan solo atau bersendirian seperti dibangkitkan UMNO dalam menghadapi PRU-15.

“BN tidak pernah bergerak secara solo kerana terdapat parti-parti lain menjadi komponen dalam gabungan berkenaan, ada pakatan dengan setiap komponen.

“Mereka membawa kekuatan masing-masing untuk membantu calon-calon yang menawar diri bertanding bagi pihak parti-parti yang berkenaan atas satu simbol, semuanya menggunakan simbol BN,” katanya yang mesra dengan panggilan Ku Li.

Sebelum ini, sentimen mahukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo menghadapi PRU-15 dilaporkan makin kuat ketika penggal Parlimen ke-14 menghampiri penghujungnya.

Pada Rabu lalu, beberapa ketua bahagian mendesak MT UMNO menutup pintu rundingan dengan PAS, berkaitan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang didakwa kritikal untuk menghadapi PRU15.

Bagi bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO itu turut mengingatkan, sekiranya pemimpin dalam sesebuah parti ada kepentingan berbeza-beza, ia akan membawa kepada pecah-belah dan disebabkan itulah, BN kalah di Johor pada PRU lalu.

“Hal ini berlaku barangkali ada kepentingan sampingan, menyebabkan tidak ada tumpuan kepada apa yang dihadapi sehingga kalah PRU-14. Sebagaimana berlaku di Selangor dan Kelantan, perpecahan dalam parti Perikatan dan UMNO menyebabkan kita kalah PRU 1959

“Jadi, kalau ada perpecahan, maka orang tidak boleh tumpu kepada objektif sebenar kita masuk dalam pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
1 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
14 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
14 jam lalu · Politik
PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok