PRU-15: Ismail Sabri kata percaya lah sikit lagi dan tak lama dah

September 17, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi isyarat pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir diadakan dan tarikh pembubaran akan dibincangkan tidak lama lagi dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri semasa berucap dihadapan pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini secara bersungguh-sungguh berkata tarikh PRU-15 tidak lama lagi akan diputuskan dan meminta para hadirin mempercayai janjinya untuk mengadakan pilihan raya dengan segera.

“Bila tarikh PRU-15? Saya dengan Presiden (Zahid) akan putuskan… tapi percaya lah, sikit lagi tidak lama dah,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.

Sebaik ucapan tersebut, hadirin yang hadir di Stadium Titiwangsa bersorak ‘bubar, bubar’ dan Ismail Sabri menenangkan dengan berkata beliau mendengar suara akar umbi.

Jelasnya lagi, keputusan untuk menentukan tarikh PRU-15 akan dibincang dalam kalangan ‘top five’ UMNO yang turut berada dalam program tersebut.

“Lima-lima ‘top five’ UMNO ada disini dan dalam waktu terdekat kita akan jumpa bincang benda (PRU-15) ini,” katanya lagi.

Namun, Ismail Sabri menggesa supaya semua jentera bekerja keras bagi memastikan kemenangan UMNO-BN dan mengelak episod semasa PRU-14 berulang semula.

“Tapi saya nak ingatkan, jika PRU diadakan tapi mampu bentuk kerajaan, kita akan jadi semasa PRU-14 nanti,” katanya lagi.

Namun, hadirin yang hadir bersorak dengan melaungkan sudah bersedia untuk berdepan PRU-15 dan Ismail Sabri cepat-cepat menjawabnya dengan berkata, “Presiden, kita bincang cepat-cepat,”.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan perbincangan tarikh PRU-15 melibatkan ‘top five’ UMNO akan diadakan pada 30 September.

Ahmad dalam satu kenyataan ringkas memberitahu perbincangan tarikh PRU-15 itu yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan pada 30 September.

Dalam kenyataan sama, perbincangan tarikh PRU-15 itu akan berlangsung semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pada malam sama.

Ahmad berkata tarikh awal mesyuarat itu ditangguhkan kerana Ismail Sabri perlu menghadiri majlis rasmi di Bangi.

Terdahulu, Ismail Sabri telah memaklumkan kepada pemberita mengenai penangguhan itu pada Khamis.

Menurutnya, perjumpaan itu akan dimulakan dengan pertemuan lima pemimpin tertinggi, diikuti biro politik dan seterusnya MKT.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
59 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu· Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
8 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
46 minit lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok