‘PRU-15 ibu segala pilihan raya’

August 22, 2022 · Politik

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah “ibu segala pilihan raya” kerana banyak gabungan parti politik baharu yang akan mengambil bahagian.

Malah, katanya PRU-15 adalah berbeza berbanding PRU sebelum ini dengan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta, termasuk 1.2 juta adalah terdiri daripada anak muda berusia 18 hingga 20 tahun

Dalam temu bual bersama Utusan, beliau juga memaklumkan 60 peratus atau 12.7 juta daripada 21.1 juta pemilih pada PRU-15 adalah pengundi senyap.

Ini katanya akan menyebabkan parti-parti yang bertanding perlu memikat hati golongan berkenaan sekranya mahu menang selesa, sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan atau negeri yang kukuh tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti lain.

“Kehadiran gabungan-gabungan parti politik baharu yang mengetengahkan calon masing-masing memberi saingan besar untuk memikat pengundi atas pagar.

“Terdapat baki 40 peratus pengundi dalam kalangan ahli dan penyokong masing-masing. Ini tiada masalah kerana mereka sudah pastinya akan memilih parti masing-masing.

“Tetapi bagaimana dengan 60 peratus pengundi senyap yang kita tidak tahu apakah kecenderungan mereka dan ia bergantung kepada calon diketengahkan dan isu-isu semasa.

“Justeru, parti-parti bertan­ding perlu merebut untuk menarik sokongan pengundi senyap jika mereka mahu menang pilihan raya, apatah lagi gabungan sudah banyak… maka sudah pasti beri saingan sengit untuk memikat hati pengundi,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau perlu mempertimbangkan pelbagai perkara sebelum membubarkan Parlimen ke-14 termasuk menangani isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang PRU15.

Kenyataan Ismail Sabri itu dilihat bercanggah dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terus mendesak supaya PRU-15 diadakan segera untuk mengelak BN dan UMNO kalah teruk.

Setelah melihat pertambahan pengundi di samping isu-isu semasa yang melanda tanah air sejak kebelakangan ini, Wan Ahmad menjangkakan peratusan keluar mengundi meningkat lebih 80 peratus seperti mana PRU-14.

Katanya, perkembangan ledakan teknologi yang memberi ruang penyampaian maklumat lebih meluas menjadi faktor penting pengundi untuk keluar mengundi apabila mereka mengharapkan kertas undi mereka mampu mencetuskan perubahan baharu tampuk kepimpinan kerajaan.

“Selain itu, tidak tolak kemungkinan parti-parti meletakkan lebih ramai calon muda, ini sekali gus menjadi penarik untuk pengundi keluar mengundi,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad memaklumkan, jumlah calon bertanding PRU-15 meningkat dua kali ganda atau sekurang-kurangnya 4,666 orang berbanding berbanding 2,333 calon ketika PRU-14 untuk merebut 222 Parlimen dan 361 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, jangkaan itu berdasarkan kewujudan gabungan parti politik seperti Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) di samping parti-parti baharu seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Jumlah ini tidak termasuk calon Bebas dan parti-parti kecil lain yang dikatakan mahu mencuba nasib dalam PRU-15. Jadi PRU akan datang bukan sahaja ramai pengundi baharu, tetapi mungkin ramai calon bertanding mungkin boleh catat rekod sejarah PRU,” katanya.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
23 jam lalu· Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
UMNO kekal pendirian tak bertanding solo, Isham belum dipecat
September 14, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
17 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
17 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok