PRU-15: Hukum fardu ain ke atas pengundi 18, kata Hadi Awang

September 25, 2022 · Politik

Anak muda berusia 18 tahun yang pertama kali akan menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang diingatkan mengenai kewajipan mereka untuk berbuat demikian.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kewajipan berpolitik telah menjadi fardu ain (wajib dilakukan) ketika keadaan umat Islam dalam bahaya.

Menurutnya menjadi tanggungawab mereka yang lebih berusia untuk menyampaikan kepada anak muda 18 tahun yang bakal mengundi mengenai kewajipan mereka berbuat demikian.

“Kita harap anak-anak muda, khususnya yang beragama Islam untuk mengambil iktibar dan menunaikan tanggungjawab,” katanya sambil turut bimbang kerana ramai anak muda yang menganggap mengundi itu tidak penting.

“Sedangkan kuasa politik ini bakal menentukan kedaulatan Islam. Undilah parti yang mempertahankan dan menegakkan Islam.”

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen PAS Pilihanku Peringkat Negeri Perak, di Lubok Merbau, semalam (24 September).

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata PAS mahukan supaya Islam terus memimpin negara ini.

“Bukan hanya sekadar di kalangan ahli PAS sahaja, tetapi mesti digabungkan seluruh orang Islam terlebih dahulu.

“Kita mengambil contoh seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah. Apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Nabi menggabungkan Muhajirin, Aus dan Khazraj.

“Disatukan orang Islam supaya kuat dan menjadi tonggak kepada perpaduan dalam kalangan orang Islam.

“Kemudian diajak orang bukan Islam, Yahudi, Kristian dan Musyrikin yang tidak ekstrem. Inilah pendekatan yang diajar oleh Nabi SAW dan kita mengikut pendekatan ini.

“Kita mesti bergabung dan bersatu dengan ikhlas, insya-Allah akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
6 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok