PRU-15: Guan Eng tuduh UMNO guna ‘naratif palsu’ terhadap DAP

August 3, 2022 · Politik

Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng menuduh UMNO menggunakan “naratif palsu” terhadap partinya, dalam usaha untuk mendapatkan semula kuasa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mendakwa Perdana Menteri (M) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai antara pemimpin yang membuat kenyataan sedemikian apabila melabelkan “kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan DAP”, serta memutar belit fakta dan angka mengenai DAP, sedangkan ia berada dalam kerajaan di bawah PH.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, walaupun DAP adalah parti utama dalam PH, ia tidak pernah mendominasi kerajaan.

Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang dalam catatan blognya mendakwa Ismail Sabri cuba mewajarkan konspirasi ‘Langkah Sheraton’ pada konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor Ahad lalu.

Ismail Sabri dilaporkan berkata tindakan itu “secara tidak berperlembagaan dan tidak demokratik menjatuhkan kerajaan PH yang dipilih” selepas 22 bulan, atas alasan penguasaan DAP dalam kerajaan gabungan itu.

“Kabinet PH terdiri daripada 29 ahli, manakala DAP hanya enam menteri. Tiada seorang pun daripada enam menteri DAP memegang jawatan PM atau Timbalan PM.

“Ismail Sabri harus kembali dan belajar matematik tentang cara mengira, jika dia percaya enam daripada 29 anggota Kabinet sama dengan mendominasi Kabinet kerajaan.

“Naratif palsu UMNO diteruskan dengan dakwaan DAP menolak subsidi atau bantuan kewangan langsung. Had RON95 pada RM2.08 seliter dimulakan di bawah PH, di mana harga turun di bawah RM 2.08 seliter apabila harga minyak mentah dunia jatuh, tetapi tidak dibenarkan melebihi RM 2.08 seliter, apabila harganya meningkat,” kata Guan Eng.

Guan Eng berkata, Menteri Pengangkutan DAP ketika itu, Anthony Loke, turut mencadangkan pembayaran balik RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang dibelanjakan untuk mengambil alih konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan memandu, yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Beliau berkata DAP juga telah memulakan pengurangan tol sebanyak 18 peratus untuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan sepenuhnya tol PLUS menjelang akhir 2022, berbeza dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang gagal mengurangkan tol walaupun satu sen.

“Akhirnya, dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani PH dengan Ismail Sabri pada September 2021, cadangan DAP untuk meningkatkan suntikan RM45 bilion bagi membantu golongan memerlukan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19, telah dipersetujui,” katanya lagi.

Menurutnya kebanyakan bantuan yang dinamakan semula sebagai ‘Bantuan Keluarga Malaysia’ dan diterima oleh peniaga dan rakyat daripada tambahan suntikan dana RM45 bilion adalah cadangan DAP.

“Hanya menyebut nama DAP, UMNO memainkan sentimen ekstremis untuk memenangi pilihan raya umum, dengan menyalahkan segala-galanya kepada DAP.

“Kes klasik UMNO memutarbelitkan fakta dan angka ialah pakej penyelamat PH yang berjaya untuk Tabung Haji (TH) yang bermasalah selepas penyelewengan kewangan,” katanya.

Guan Eng berkata pakej menyelamat itu disokong oleh Kementerian Kewangan.

Beliau kesal UMNO sebelum ini juga secara palsu menuduh DAP memudaratkan dan meletakkan orang bukan Islam bertanggungjawab ke atas TH.

Bagaimanapun, selepas kembali kepada kerajaan, parti itu tidak membuat sebarang komen apabila ketua juruaudit negara mengesahkan bahawa langkah tepat pada masa yang diambil PH telah menyelamatkan TH daripada masalah kewangan, kata Guan Eng.

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
12 jam lalu· Isu semasa
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
13 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
15 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
17 jam lalu· Politik
Popular
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
August 18, 2022
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
August 18, 2022
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
August 18, 2022
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Lagi Politik terkini
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
15 jam lalu · Politik
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
18 jam lalu · Politik
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
18 jam lalu · Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok