PRU-15: Guan Eng janji mansuh tol lagi

October 31, 2022 · Politik

Mengulang skrip yang sama nampaknya menjadi modal kempen Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau sekali lagi berjanji akan memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada PRU-15, 19 November ini.

Memetik laporan China Press, bekas menteri kewangan itu berkata PH boleh memansuhkan tol jika gabungan itu mendapat masa memerintah lima tahun lagi.

Pada majlis makan malam di Jelapang, Perak semalam, Guan Eng berkata PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya PLUS sebanyak 18% semasa gabungannya memerintah.

Kerajaan PH tidak bertahan lama susulan digulingkan melalui Langkah Sheraton selepas hanya memerintah selama 22 bulan.

Pada 2017, Guan Eng berjsanji jika mereka menang, kutipan tol di PLUS dan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dihapuskan demi meringankan beban rakyat.

Sementara pada 2019, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin kerajaan PH ketika itu berkata pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto PH yang tidak dapat ditunaikan selepas setahun memerintah.

Kata Dr Mahathir, janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan sekiranya janji itu dilaksanakan melibatkan RM30 bilion ketika itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok