PRU-15, Dr Mahathir juga tidak pernah tetapkan tarikh: Ismail Sabri

June 5, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan berhubung penetapan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) susulan kritikan terbaharu DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Anthony Loke yang membidas Perdana Menteri (PM) itu sebagai “flip-flop” atau bertukar-tukar pendirian.

Ismail Sabri berkata tidak mempunyai hak untuk mengumumkan tarikh PRU-15 secara terperinci, malahan PM terdahulu sebelum ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengetuai pentadbiran Pakatan Harapan (PH) juga tidak pernah melakukannya.

“Cuba kamu semak kenyataan Perdana Menteri terdahulu, ada atau tidak yang menetapkan tarikh PRU. Kalau tanya Dr Mahathir waktu itu, dia kata belum dapat ilham.

“Kalau saya beritahu lebih awal, seronoklah DAP. Mereka boleh bersiap sedia lebih awal,” katanya dipetik laporan BH.

Jelasnya lagi, mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bersetuju atau menolak nasihat pembubaran jika baginda tidak bersetuju.

“Saya tak boleh nyatakan tarikh sebenar kerana itu mengambil alih kuasa baginda.

“Itu salah dari segi Perlembagaan kalau saya tetapkan tarikh kerana kuasa adalah pada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil dan membubarkan Parlimen.

“Sikap DAP mungkin mereka tidak hormat Yang di-Pertuan Agong, tapi saya menghormati baginda dan saya patuh pada Perlembagaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Loke mempersoalkan kenyataan Ismail Sabri dalam wawancara dengan media Jepun, yang mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana isu kos sara hidup rakyat perlu ditangani, namun mengubah nada dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) apabila menegaskan tidak akan menunggu lebih satu saat untuk membubarkan Parlimen jika BN sudah bersedia.

Menurut Ismail Sabri lagi, keputusan untuk membubarkan Parlimen perlu dibincang dalam Kabinet dan kemudiaan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai pemegang kata putus.

“Pelaksanaan PRU akan dibincangkan dengan lima pimpinan tertinggi UMNO, dibawa ke Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), sebelum bincangkan di dalam Kabinet.

“Kabinet (kemudian) akan berikan mandat kepada saya untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menasihati baginda, namun kuasa terakhir adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
20 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok