PRU-15 : Datuk D calon PKR paling kaya

November 7, 2022 · Politik

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dari PKR, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor menjadi calon terkaya parti itu dengan aset bersih berjumlah RM106.1 juta.

Beliau yang merupakan calon PKR bagi Parlimen Tanah Merah, Kelantan itu membuat pengisytiharan harta di laman web PKR.

Namun setakat artikel ini ditulis, dua pimpinan utama parti, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum membuat pengisytiharan harta susulan dokumen tersebut belum dimuat naik.

Berdasarkan dokumen yang dimuat naik itu, Suparadi memiliki aset kira-kira RM100 juta daripada pelaburannya dalam DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD manakala kira-kira RM5.3 juta dalam bentuk hartanah.

Rekod juga menunjukkan calon Suparadi pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Pengarah Eksekutif Iris Corp.

Selain Suparadi, calon lain yang memiliki aset bersih yang tinggi seperti calon Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash bernilai RM40 juta.

Bagi Ramanan pula, aset bersih bernilai RM63.5 juta itu turut merangkumi hartanah bernilai RM27 juta bagaimanapun dokumen sokongan untuk Dr Sathia Prakash yang mempunyai rangkaian klinik perubatan, tidak disertakan dalam laman berkenaan.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan berkata sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang enggan mengisytiharkan harta yang dimiliki, kemungkinan terdapat sesuatu yang cuba diselindungkan.

Sebelum ini Rafizi menjadi calon pertama PRU15 mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
46 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok