PRU-15 dalam tempoh terdekat tak wajar, kata Hadi

October 4, 2022 · Politik

PAS membuat pendirian menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh UMNO yang mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada masa terdekat ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan sebarang langkah ke arah membubar Parlimen dalam tempoh terdekat tidak sepatutnya berlaku selepas spekulasi bertiup kencang UMNO sedang mengusahakan agar PRU-15 diadakan dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkan cadangan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempo terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan,” kata kenyataan itu pada hari ini.

Dalam kenyataan sama, Hadi juga berkata usaha ke arah penyatuan ummah akan terus dirundingi dengan semua pihak bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri pada PRU-15 nanti.

“PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bag mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hadi menekankan kepentingan negara perlu menjadi keutamaan dan menyokong Bajet 2023 dibentang terlebih dahulu bagi membela rakyat.

“PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan,” ujarnya.

Untuk rekod, UMNO akan mengadakan satu lagi perhimpunan raksasa hari ini dengan semua pemimpin akar umbi akan berhimpun di ibu pejabatnya petang ini.

Dijangka ia akan menjadi perhimpunan terakhir sebelum Parlimen dibubar pada masa terdekat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
7 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
18 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
18 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
7 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
7 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
7 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
11 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok