PRU-15: Calon PN tandatangan ikrar tolak rasuah, kata Muhyiddin

October 22, 2022 · Politik

Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menandatangani akujanji dan lafaz ikrar menolak rasuah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata akujanji dan lafaz ikrar itu tanda komitmen calon yang mewakili PN untuk tidak melanggar akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perkara ini sudah dipraktikkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Melaka dan akan diteruskan pada PRU-15.

“Semua calon akan angkat sumpah lafaz ikrar dengan nama Allah bahawa mereka komited menentang dan tidak akan membuat sesuatu yang menyalahi akta SPRM,” katanya di Kelantan, malam tadi.

Oleh kerana itu, katanya amat penting untuk rakyat keluar mengundi pada 19 November ini walau dalam keadaan cuaca bagaimana sekalipun untuk memilik kerajaan yang benar-benar prihatin kepada rakyat.

“Kita hadapi saja pilihan raya ini… dan saya nak minta supaya walau situasi keadaan bagaimana sekalipun hok (hak) tak sukakan waktu pilihan raya… waktu banjir ini keluar beramai-ramai membuang undi.

“Sebab itu untuk pilihan raya ini membentuk kerajaan yang akan datang ini penting. Kerajaan yang nak dibentuk mesti ada integrasi, yang beramanah. Mesti yang bertanggungjawab. Mesti prihatin tentang nasib rakyat. Mesti tidak rasuah dan tidak korup, mesti tidak salah guna kuasa.

“Kerajaan yang hendak dibentuk mesti pandai dan bijaksana mentadbirkan negara. Saya fikir kita… Perikatan Nasional dan PAS tahu bagaimana nak mentadbirkan negara. Kita tak curi wallahi walau sesen pun kerana haram hukumnya,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata perkara itu adalah antara janji PN dalam memastikan semua calon mempunyai integriti yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, PN sudah membuat segala persiapan bagi berdepan PRU-15 pada 19 November nanti dan akan mengumumkan calon-calonnya di negeri di mana mereka akan bertanding.

“Ini membolehkan rakyat negeri terjejas mengetahui siapa calon PN dan dari parti mana. Selepas itu barulah kita boleh letak sasaran kerusi iaitu selepas penamaan calon, baru kita tahu (sama ada calon diterima rakyat),” katanya.

Berita berkaitan
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
1 jam lalu· Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
2 jam lalu· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
19 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023 · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
36 minit lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok