PRU-15: BN arah gabungan kemuka senarai sebelum pembahagian kerusi

July 29, 2022 · Politik

Semua parti gabungan Barisan Nasional (BN) dan “rakan BN” diminta mengemukakan senarai kehendak mereka sebelum sebarang pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang dimuktamadkan.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata senarai itu perlu bagi memastikan gabungan berkenaan dapat menyediakan pasukan terkuatnya untuk memenangi pilihan raya.

“Kita perlu mempunyai pendekatan dan strategi yang betul jika mahu merampas Putrajaya.

“Jadi, melalui senarai itu, kita juga akan dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap parti dan seterusnya menghasilkan kombinasi yang tepat untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas bertemu BN Negeri Sembilan, hari ini (29 Julai).

Memetik laporan media tempatan Mohamad berkata sehingga kini, hanya perbincangan awal telah diadakan berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada akan berlaku pertukaran kerusi beliau menegaskan perkara itu juga belum dimuktamadkan.

“Setakat ini, ia adalah status quo. Tetapi kepimpinan BN akan memuktamadkan perkara ini sebaik sahaja kita mendapat maklum balas daripada parti masing-masing,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak menyelesaikan masalah dalaman jika ada, supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRU yang sepatutnya diadakan dalam tempoh setahun lagi.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai pindaan perlembagaan parti, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat memberikan keputusan segera mengenai perkara itu.

Katanya UMNO telah menulis surat kepada RoS yang memohon jasa baik supaya keputusan pindaan perlembagaan parti itu dapat diketahui sebelum 31 Julai ini.

Menurutnya ia supaya UMNO dapat melakukan persiapan sebaiknya jika permohonan itu tidak diluluskan.

“UMNO telah tulis surat yang meminta jasa baik RoS kepada parti untuk berikan keputusan ya ataupun tidak sehingga 31 Julai. Kami perlukan jawapan, jadi kami tunggu tetapi 31 Julai adalah hari minggu, kalau boleh hari ini kami mahu dapatkan surat jawapan.

“Kami tidak mendesak RoS untuk luluskan ataupun tidak, tetapi berikan jawapan awal supaya kami dapat siapkan parti kerana penggal 18 bulan akan berakhir hujung tahun ini,” katanya.

Katanya jika RoS tidak meluluskan permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas PRU, UMNO perlu membuat persiapan mengadakan mesyuarat, termasuk melibatkan 22,000 cawangannya.

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
12 jam lalu· Isu semasa
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
13 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
15 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
16 jam lalu· Politik
Popular
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
August 18, 2022
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
August 18, 2022
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
August 18, 2022
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
August 18, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
15 jam lalu · Politik
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
17 jam lalu · Politik
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
17 jam lalu · Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok