PRU-15: Bersatu Terengganu tanding di 12 kubu kuat BN

October 9, 2022 · Politik

Bersatu akan meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, berkata hasil persetujuan bersama melalui perbincangan dengan PAS, Bersatu akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Besut dan Hulu Terengganu, selain 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata senarai nama calon PRU-15 sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan dan kini dalam proses fasa akhir.

“Kita menyerahkan pemilihan calon yang bertanding kepada pucuk pimpinan yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

“Pemilihan calon kini sudah masuk fasa akhir bagi menentukan siapa layak bertanding mewakili Bersatu Terengganu pada PRU-15,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu, menurut BH.

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata semua nama calon yang diserahkan adalah anak tempatan Terengganu dan tiada calon payung terjun akan diketengahkan.

“Kita menyenaraikan antara satu hingga tiga nama calon bagi setiap DUN dan Parlimen, namun terserah kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan siapa yang layak bertanding atas tiket Bersatu Terengganu.

“Setakat ini, saya kekal akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu. Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Pada PRU-14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid, dan Datuk Razali Idris yang mewakili PKR ketika itu.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen. Pada PRU-14, BN hanya meraih 10 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen, manakala selebihnya dimenangi PAS.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok