PRU-15: Benarkah Zahid, Anwar ada perbincangan sulit, soal Wan Saiful

October 14, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim patut menjelaskan kedudukan dakwaan kononnya ada perbincangan sulit berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Beliau mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata apa yang dimaklumkan kepadanya setakat ini hanyalah tuduhan dan dakwaan sahaja.

“Baru-baru ini ada rakan dalam PH sendiri menyebut kepada saya bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid Hamidi dengan team Anwar Ibrahim terus berjalan.

“Dikatakan bahawa agendanya ialah kerjasama antara UMNO dan PKR untuk meminimakan pertembungan dalam PRU-15, dan seterusnya mengusahakan pembentukan kerajaan bersama. Katanya perkara ini dijalankan tanpa restu kepimpinan UMNO atau kepimpinan PH, tetapi banyak sesi perbincangan telah berjalan.

“Setakat ini, itu hanyalah tuduhan. Selain tuan punya badan, tidak ada sesiapa boleh mengatakan ya atau tidak terhadap tuduhan itu. Tambahan lagi, dalam musim PRU ini, banyak berita palsu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata jika perkara itu berlaku sememangnya ia bukan sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun kedua-duanya telah berbual menunjukkan agenda mereka.

“Tapi jika benar, ia tidak pelik. Rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar jelas menunjukkan agenda mereka telah lama. Surat Zahid kepada Istana Negara mahu mengangkat Anwar juga bukan rahsia. Berita ini bukan baru.

“Mungkinkah benar perbincangan sulit antara Zahid dan Anwar semakin rancak? Benarkah Anwar dan Zahid sedang berusaha mengangkat satu sama lain naik ke Putrajaya melalui PRU15?

“Apa “deal” yang ditawarkan? Adakah Anwar setuju melepaskan Zahid dari kes-kesnya? Atau adakah Anwar setuju jadi TPM kepada Zahid kalau “deal” ini benar?

“Zahid dan Anwar perlu jelaskan kepada rakyat. Sebab khabar ini semakin lama semakin kuat tersebar,” katanya.

Sebelum ini, satu klip audio suara Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) tular dimedia sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
16 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Hanya untuk parti meterai perjanjian dengan PH saja, Rafizi beritahu Muda
February 9, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
16 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
16 jam lalu · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
16 jam lalu · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok