PRU-15: Bantu rakyat, pulih ekonomi tumpuan PN jika bentuk kerajaan

October 17, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan kepada cara terbaik bagi membantu rakyat sekiranya gabungan itu berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini akan menjadi keutamaan gabungan itu, dengan pemimpin berpengalaman untuk menerajui negara ke arah pemulihan ekonomi yang lebih besar.

Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata beliau menyedari banyak kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang kerana inflasi dan kenaikan harga barang serta pendapatan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat semakin meningkat terutama selepas penularan wabak Covid-19 yang kini melebihi 40 peratus berbanding sebelum ini.

“Sebab itu, pada hari kita (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan, perkara pertama yang kita akan bincangkan ialah bagaimana untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah besar.

“Apa yang boleh kita buat? Bantuan apa yang boleh sampai. Duit mana yang kita nak cari… dan juga bagaimana kita nak menghidupkan semula ekonomi serta perniagaan.

“Perikatan Nasional ini dah ada pengalaman untuk membantu rakyat,” katanya ketika berucap pada Jelajah Prihatin Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, malam tadi (16 Oktober 2022).

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri berkata walaupun merupakan gabungan yang agak baharu, PN mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan boleh menyelesaikan isu yang membelenggu rakyat, khususnya dari segi ekonomi.

Muhyiddin berkata PN juga akan menawarkan Kerajaan Persekutuan yang bebas dan bersih daripada sebarang amalan rasuah jika dipilih oleh rakyat pada PRU-15.

“Kita akan tekankan, kerajaan yang kita bentuk mesti bersih… jangan ada korupsi… ambil tindakan pada mana-mana yang terbabit. Hatta dia tertinggi, hatta perdana menteri. ataupun menteri.

“Janji kita (PN)… beramanah, berintegriti dan juga sikap yang prihatin. Kerana kita nak majukan negara kita menjadi sebuah negara yang aman, dan sejahtera. Rakyat kita hidup dengan bermaruah.

“Kita kena jaga negara… kita harus jaga sama-sama. Dan yang penting hari ini bukan kita tapi anak kita… cucu-cicit kita yang akan datang. Kita ni mungkin sudah sampai masa meninggalkan dunia.

“Kalau negara hari ini tidak diselamatkan daripada orang-orang tertentu… ini menyebabkan negara kita akan terus runtuh yang akan menanggung beban ialah anak dan cucu-cucu akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau terus menggesa rakyat keluar menunaikan tanggungjawab dengan menggunakan sepenuhnya hak mereka sebagai pengundi, supaya sebahagian besarnya membuat keputusan memilih kerajaan yang benar-benar bersih dan prihatin dapat dibentuk selepas PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
10 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok