PRU-15: Azmin yakin Perikatan Nasional menang dua pertiga kerusi

November 13, 2022 · Politik

Berikutan sambutan dan sokongan yang semakin meningkat dalam kalangan pengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-150 Sabtu depan, Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (Perikatan) Datuk Seri Mohd Azmin Ali yakin parti itu akan memperoleh dua pertiga kerusi Parlimen.

Menurutnya Perikatan menyasarkan 112 kerusi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, namun sambutan yang semakin menggalakan daripada rakyat, khususnya pengundi, beliau yakin jumlah itu mencapai dua pertiga majoriti.

Katanya tidak ada yang mustahil untuk Perikatan memperoleh 112 kerusi, malah mungkin lebih bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang mutlak pada 20 November.

“Sudah tentulah PN nak lebih daripada 112 kerusi tetapi (buat masa ini) kami yakin dapat minumum 112, Pengundi sekarang sudah cukup matang untuk memilih parti mana yang lebih prihatin dan bersih.

“Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang dapat memberi khidmat dan bakti kepada mereka. Kerajaan Perikatan telah membuktikan bahawa kami lebih prihatin.

“Rakyat dapat menilai ketika seluruh negara berdepan pandemik Covid-19 di mana kerajaan Perikatan lah yang menyelamatkan mereka. Oleh itu, kami yakin mendapat sokongan rakyat dan memenangi sejumlah besar kerusi,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menyantuni ribuan pasangan keluarga muda sempena Program PASTI Gombak Fun Run 2022 di Taman Melawati, Hulu Kelang pagi tadi (13 November 2022).

Mengulas lanjut, Azmin yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dimenanginya pada 2018 lalu berkata jentera pilihanraya Perikatan perlu bergerak lebih gigih menjelang hari pengundian Sabtu ini (19 November).

Mengenai pengundi Cina dan India, Azmin berkata beliau yakin mereka turut memberi sokongan kepada Perikatan berdasarkan rekod prestasi sebagai kerajaan sebelum ini.

Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerajaan sementara berkata beliau melihat masyarakat Cina dan India yang kebanyakannya ahli perniagaan menyokong Perikatan.

“Mereka mahukan sebuah kerajaan yang stabil yang membuka lebih banyak peluang perniagaan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok