PRU-15: Azmin yakin anak muda, pengundi baharu sokong PN

October 16, 2022 · Politik

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin anak muda yang menjadi pengundi baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang akan memberi sokongan kepada gabungan itu.

Ini kerana katanya, kalangan anak muda telah menerima pelbagai manfaat daripada Kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Penglibatan pengundi baharu khususnya dalam kalangan anak-anak muda yang menerima pelbagai manfaat besar daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin diyakini akan mendorong kejayaan PN.

“Kita cuba sedaya upaya untuk cipta pekerjaan untuk mereka dan saya yakin dengan penglibatan pengundi-pengundi ini, Insya-Allah PN akan mencapai kemenangan, termasuk Parlimen Gombak akan kekal kerusi PN,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak berkata Malaysia adalah negara demokrasi dan mana-mana pihak serta parti politik boleh menyertai pilihan raya yang diadakan.

Sambil meminya pemilih untuk keluar mengundi dan membuat keputusan tepat demi masa depan mereka dan generasi akan datang, Azmin berkata dalam pilihan raya, kuasa di tangan rakyat.

“Ini proses demokrasi, mana-mana parti boleh sertai pilihan raya. Akhirnya yang menentukan kemenangan adalah rakyat. Kuasa di tangan mereka,” katanya kepada media ketika ditemui pada Sambutan Hari Miti 2022 di Taman Melawati yang terletak dalam kawasan Parlimen Gombak di Selangor, hari ini (16 Oktober 2022).

Mengenai siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya itu, Azmin yakin PN mampu mempertahankan kerusi itu pada PRU-15 nanti.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata pengundi di Parlimen itu pastinya akan membuat keputusan bijak memilih calon yang layak dan berupaya membawa suara rakyat.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Presiden Bersatu (untuk meletak calon di Gombak),” katanya yang turut yakin rekod perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di Parlimen itu juga akan menjadi cerminan pengundi untuk membuat pilihan.

“Saya serahkan kepada rakyat Gombak, tetapi saya yakin mereka mengenali saya sekian lama. Mereka melihat bagaimana apabila saya diberi tanggungjawab besar.”

Pada PRU-14, Azmin memenangi kerusi Parlimen Gombak mewakili PKR dengan meraih 75,113 undi, menewaskan calon UMNO yang memperoleh 26,392 undi, manakala PAS sebanyak 17,537 undi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
12 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok