PRU-15 awal, PAS siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

May 4, 2022 · Politik

PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU-15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan itu berkata kemunculan gabungan seperti itu adalah perkara biasa dalam politik dan bagi PAS ia langsung tidak menggugat kesiapsiagaan jenteranya menghadapi PRU1-5 akan datang, lapor Bernama.

“Mana-mana pihak boleh membuat apa sahaja yang mereka rasa dibenar oleh Perlembagaan negara. Cuma masing-masing membuat persiapan. Apa pun kita berpandu kepada arahan dan keputusan pusat (PAS pusat),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kelantan.

Media sebelum ini melaporkan sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan PAS di Kelantan pada PRU-15 nanti.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata biarpun sambutan Aidilfitri pada kali ini awal sehari daripada jangkaan, perayaan itu masih diraikan dengan meriah.

“Walaupun perkara ini seperti menimbulkan masalah tetapi sebenarnya inilah cara kita berpegang kepada pelaksanaan melihat anak bulan, maka dengan sendirinya saya bersetuju atas dasar keputusan para ulama mesti didahului dengan melihat anak bulan. Sekiranya anak bulan telah kelihatan maka dengan sendirinya hisab jatuh kepada keputusan yang kedua.

“Memanglah agak terkejut sedikit, suasana agak luar biasa kerana masing-masing tidak sempat membuat persiapan dengan secukupnya kerana mereka mengharapkan pada tarikh jangkaan, namun dalam keadaan yang tergesa-gesa, kita dapat menyediakan persiapan,” katanya.

Mengulas mengenai pemberian cuti peristiwa pada esok (Khamis) kepada kakitangan awam negeri seperti yang diumumkan sebelum ini, Ahmad berkata ia terpaksa ditarik balik kerana merasakan sudah cukup pemberian cuti selama tiga hari.

Justeru katanya, esok adalah hari bekerja bagi penjawat awam di negeri itu.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
23 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
24 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok