PRU-15 awal, kerjasama dengan PAS tumpuan Perhimpunan Agung UMNO esok

March 15, 2022 · Politik

Prestasi yang dilakar UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta hala tuju Muafakat Nasional (MN) yang dirintis bersama PAS, dijangka akan menjadi antara isu yang diangkat perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, yang membuka tirainya esok.

Selain itu, perhimpunan berkenaan yang dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka turut menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu itu untuk membincangkan dan mencatur strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pertemuan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang akan dihadiri 5,571 perwakilan kali ini juga bakal menarik perhatian ramai pihak termasuk pemerhati politik yang menantikan apakah hala tuju direncanakan UMNO dalam mendepani cabaran politik semasa untuk terus kekal relevan.

Berdasarkan rekod prestasi cemerlang yang dicatatkan UMNO dan BN dalam dua siri Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka dan Johor, isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan selain agenda memperkasakan anak muda untuk diketengahkan sebagai calon juga dijangka akan menjadi topik hangat yang akan disentuh oleh jurucakap-jurucakap yang mengambil bahagian.

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad (13 Mac) dilapor berkata perhimpunan itu akan melihat hala tuju parti yang menjadi antara fokus utama yang akan dibincang dan diperincikan.

Ismail Sabri berkata isu berkaitan MN juga berkemungkinan turut akan dibincangkan. Piagam MN dimeterai UMNO dan PAS pada 14 Sept 2019.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung empat hari akan dimulakan dengan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka esok.

Ia disusuli dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap itu pada Khamis.

Perhimpunan kemudian diteruskan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat dan diteruskan hingga Sabtu sebelum menutup tirai dengan penggulungan pemimpin parti.

Disember lepas, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 15 Jan lepas.

Penangguhan tersebut susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Pada perhimpunan kali ini, seramai 500 pengamal media termasuk 15 agensi berita antarabangsa akan membuat liputan.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
5 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
9 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
15 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
17 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok