PRU-15: 4 ditahan, 8 kertas siasatan dibuka kes rusuh, ceroboh

November 6, 2022 · Politik

Empat individu ditahan dan lapan kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata tangkapan membabitkan seorang di Selangor dan tiga di Sarawak.

“Sebanyak dua kertas siasatan dibuka di Selangor dan Sarawak manakala masing-masing satu di negeri Pulau Pinang, Pahang, Kelantan serta Sabah.

“Kertas siasatan dibuka antaranya di bawah Seksyen 500, 477, 24(B)(10), dan 506 Kanun Keseksaan serta di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Akta Pilihan Raya 1954, dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam laporan harian PRU-15, hari ini (6 November 2022).

Ia membabitkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 447 KK kerana menceroboh, Seksyen 506 KK melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 147 KK kerana merusuh.

Selain itu siasatan juga melibatkan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016, Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan Seksyen 24(A)(2) Akta Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19 ceramah tidak berpermit dikesan di seluruh negara pada Sabtu di mana Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 11 kes, Perak (lima), Pahang (satu), dan Terengganu (dua).

“Keseluruhannya sebanyak 289 permit ceramah telah dikeluarkan oleh PDRM di seluruh negara pada Sabtu,” katanya.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
UMNO tetap kena terima ‘Jeneral Anwar’
June 10, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok