Projek tambak pulau: KM P.Pinang bagi modal untuk PN

May 5, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dilihat membuka ruang kepada Perikatan Nasional (PN) dalam isu projek tambakan pulau di negeri itu.

Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ketua menterinya, Chow Kon Yeow dilihat gagal merungkai kebimbangan pelbagai pihak yang berkepentingan dengan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) itu.

Malah katanya, ADUN DAP itu gagal memberi penjelasan sebaiknya serta tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

“Contoh apabila ditanya, apakah 71 syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar? Chow kata butiran semua ada dalam laman web, boleh rujuk di sana. Boleh baca.

“Laporan itu setebal 1,000 muka surat lebih, ia sangat teknikal. Sebagai orang biasa saya percaya mereka kurang faham” katanya dalam program Keluar Sekejap.

Menurut bekas menteri kesihatan itu, Kon Yeow bukan sahaja bersikap lepas tangan malah angkuh yang akan memberi kesan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Katanya lagi, PN melalui diketuai Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, mempunyai kepakaran untuk menggunakan isu PSI sebagai strategi kempen bagi menawan tujuh atau lapan DUN kerusi majoriti Melayu khususnya di tanah besar.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyiarkan 71 syarat yang dikenakan JAS dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk PSI di laman web Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok