Profesor pertikai nama dipetik kumpulan G70 sokong Anwar

November 17, 2022 · Politik

Kesahan deklarasi kumpulan 70 yang mendakwa semuanya golongan profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, mula dipertikai apabila ada pihak yang mempersoalkan nama mereka turut dipetik

Semalam (16 November 2022), ahli akademik dan bekas ahli akademik mengeluarkan kenyataan mempertikaikan keputusan kumpulan itu mengaitkan nama mereka dalam deklarasi berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi menafikan terlibat dengan Deklarasi Profesor Melayu G70 serta tidak tahu-menahu namanya dimasukkan dalam deklarasi tersebut.

Beliau turut menafikan menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti.

Bagaimanapun, katanya, beliau secara prinsip menyokong ke arah kestabilan politik, pemulihan ekonomi dan kesejahteraan umum.

“Sewaktu deklarasi dilaksanakan, saya tidak berada bersama dan tidak sama sekali terlibat dengan deklarasi tersebut. Tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti politik.

“Tidak tahu-menahu bahawa nama saya telah dimasukkan dalam senarai Deklarasi Profesor Melayu G70. Saya juga telah meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai tersebut,” katanya di Facebook.

Bekas ahli akademik, Ishak Yussof pula memberitahu beliau tidak dimaklumkan tentang menyatakan sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya difahamkan kumpulan ini bertujuan membuat deklarasi dukungan terhadap PRU15 yang telus dalam memilih pemimpin terbaik utk Malaysia. Ini saya setuju!

“Tidak pula saya dimaklumkan tentang menyatakan sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya menarik diri dari Kumpulan G70 ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Bekas Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, sebagai mantan ahli akademik tulen, beliau mengambil pendirian non partisan di dalam politik dan tidak pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri atau sokongan pada mana-mana parti.

“Sebagai mantan Timbalan Ketua Kluster Ekonomi Majlis Profesor Negara (MPN), saya senada dengan MPN menghormati hak individu bercakap dan bersuara.

“Pun begitu, bukanlah hasrat saya untuk menggunakan kedudukan sebagai ahli akademik cuba mempengaruhi mana-mana pihak untuk memilih pemimpin atau parti di dalam piliharaya negara yang tercinta ini. Memilihlah secara bijaksana.

“Saya telah pun bersara dua tahun lepas dan tidak lagi wajar menggunakan gelaran Profesor,” katanya di Facebook beliau.

Semalam, satu Deklarasi Profesor Melayu G70 yang menyenaraikan enam resolusi, termasuk menyatakan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Deklarasi tersebut turut menyenaraikan kira-kira 70 orang ahli akademik bergelar profesor yang didakwa menyokong resolusi berkenaan.

Perkara itu kemudian mendapat perhatian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyelar tindakan gerakan Profesor Melayu G70 kerana masih menggunakan gelaran itu walaupun sebahagian besarnya sudah bersara.

Presidennya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, mereka yang sudah bersara tidak boleh menggunakan gelaran Profesor kecuali jika dilantik sebagai Profesor Emeritus dan juga ahli kepada pergerakan tertentu.

Isu tersebut turut diulas pendakwah bebas dan ahli akademik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempersoalkan tentang gelaran profesor yang diguna individu dalam deklarasi terbabit.

Menurut Ridhuan, kumpulan tersebut bukan sahaja didakwa sebagai menipu berhubung gelaran profesor malah dianggap sangat terdesak semata-mata untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. – WartaRakyat

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
MP Gua Musang pula sokong Anwar, demi kebajikan rakyat terbela
November 8, 2023· Politik
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
PRN: MCA, MIC tarik diri, Zahid nafi hubungan bermasalah
July 6, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
47 minit lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
6 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok