PRN: UMNO Kedah yakin menang kerusi terbanyak untuk dapat jadi MB

May 12, 2023 · Politik

Sasaran UMNO-Barisan Nasional (BN) adalah memenangi sebanyak mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

UMNO-BN perlu berusaha memenangi banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, jawatan Menteri Besar boleh menjadi milik mereka nanti, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kita ambil pengajaran dan berpakat balik untuk menang dalam PRN kerana dengan adanya kuasa mentadbir barulah parti kita akan terus hidup.

“Kita perlu bersungguh-sungguh untuk memenangkan kerusi terbanyak dalam PRN ini selepas diputuskan kerusi mana yang akan diberikan,” kata Pengerusi BN Kedah itu dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mahdzir berkata demikian semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sik semalam.

Katanya, perlu diingatkan bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang boleh berubah pucuk pimpinan mentadbir kerajaan negeri berasaskan kepada parti.

“Jadi kita perlu berganding bahu, tambahan lagi dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sekarang, peluang untuk kita kembali memperolehi kerusi terbanyak tidak mustahil akan berlaku.

“Kita telah tubuh Majlis Perpaduan di peringkat negeri dan bersiap sedia untuk menyumbang tenaga di mana-mana DUN yang akan ditetapkan bertanding kelak,” katanya lagi.

Sementara itu, Mahdzir berkata ketika ini sedang berjalan proses meneliti senarai nama calon-calon gabungan itu yang bakal diketengahkan pada PRN kelak.

“Bagi setiap kerusi DUN di negeri ini, kita akan menyenaraikan beberapa nama yang dirasakan sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dan menyumbang kemenangan kepada parti.

“Calon terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita fokus kepada kawasan DUN yang akan dipilih bertanding kelak,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
2 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
11 minit lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
24 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok