PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata

March 26, 2023 · Politik

Dengan pilihan raya di enam negeri dijangka diadakan serentak pada Julai depan, ramai yang melihat Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak akan diberi kerusi sama rata, berbanding rakan komponen Pakatan Harapan (PH).

Beberapa laporan sebelum ini mengatakan pemimpin PKR, AMANAH dan DAP di peringkat bahagian enggan berkompromi menyerahkan kerusi yang mereka sandang sekarang untuk ditandingi calon BN dan UMNO.

Malah, sekarang ini perbincangan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, dilakukan sesama parti komponen PH terlebih dahulu.

Difahamkan, selepas pembahagian kerusi dalam kalangan ketiga-tiga parti itu selesai, baharu kerusi lain ditawarkan untuk ditandingi BN dan UMNO.

Sumber yang rapat dengan Majlis Tertinggi (MT) memberitahu Agenda Daily, UMNO meminta pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi sama rata atau setidak-tidaknya dalam nisbah 40:60 (UMNO 40 peratus, komponen PH 60 peratus).

Menurutnya nisbah 40:60 itu akan melibatkan tiga parti iaitu UMNO, PKR dan AMANAH, manakala usaha juga dilakukan untuk meletak calon MCA serta MIC di kerusi tertentu, tetapi memerlukan kerjasama DAP.

Ditanya jika komponen PH menolak pembahagian kerusi seperti diminta, sumber itu berkata ianya tidak menjadi masalah besar kerana pemimpin atasan tahu apa yang perlu dilakukan.

“UMNO ada senjata yang boleh digunakan untuk memastikan pembahagian kerusi diberi sama rata atau dalam nisbah 40:60.

“Senjata rahsia ini semua orang tahu boleh digunakan untuk menekan PH supaya menerima cadangan UMNO.

“Lagi pula UMNO telah berkorban segala-galanya bagi memastikan PH dapat memerintah,” katanya merujuk kepada kerjasama UMNO dan PH, termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan Perak serta Pahang.

Menjawab soalan, sumber itu mengakui UMNO telah memberikan amaran secara halus kepada parti komponen PH mengenai pembahagian kerusi dalam menghadapi PRN itu.

“Itupun jika mereka (PKR, AMANAH dan DAP) memahami istilah kerjasama dalam kerajaan perpaduan. Atau kerjasama itu boleh bermasalah pada masa depan jika UMNO tidak dilayan sama rata,” katanya.

Sumber itu turut mengesahkan UMNO peringkat bahagian dan negeri telah menyediakan senarai tidak rasmi kawasan DUN yang akan ditanding di enam negeri berkenaan.

Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam PRN itu iaitu 56 kerusi di Selangor; Kelantan (45); Pulau Pinang (40); Negeri Sembilan serta Kedah masing-masing 36 kerusi; dan Terengganu (32).

Berapa kerusi UMNO dapat dalam PRN tiga negeri pimpinan PH?

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
7 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok