PRN Sarawak: PAS tanding satu kerusi di DUN Beting Maro

December 4, 2021 · Politik

PAS hanya bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dengan mencalonkan seorang usahawan, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang mengehadkan kempen pilihan raya.

Katanya, turut mendorong keputusan itu ialah faktor hubungan kerjasama di peringkat Kerajaan Pusat yang membabitkan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Situasi Covid-19 masih menjadi ancaman besar dan situasi politik tanah air juga memerlukan suasana harmoni dan tenang bagi memberi fokus kepada usaha menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

“Kita ambil kira hubungan peringkat pusat yang libatkan pelbagai parti termasuk GPS, maka PAS pusat memutuskan untuk meletakkan satu calon iaitu di DUN Beting Maro,” katanya pada sidang media, di Kuching malam ini.

PAS mula bertanding di DUN Beting Maro pada PRN Sarawak 2001 dan mencatatkan peningkatan undi dalam setiap pilihan raya.

Pada PRN 2016, parti itu kalah dengan majoriti 1,707 undi selepas meraih 3,051 undi.

Tuan Ibrahim, berkata tindakan PAS yang tetap mengambil bahagian dalam PRN Sarawak diyakini tidak akan mengundang masalah dalam aspek kerjasama dengan GPS di peringkat Pusat.

Katanya, sebelum ini situasi yang sama pernah berlaku pada PRN Melaka, baru-baru ini dan ia tidak menyebabkan kerjasama itu terjejas.

“Saya fikir masing-masing saling hormat menghormati, walaupun akan melawan GPS, tiada masalah dari segi kerjasama di peringkat Pusat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian sementara penamaan calon pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok