PRN Sarawak: GPS menang lebih dua pertiga kerusi DUN

December 18, 2021 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai Tan Sri Abang Johari Abang Openg memperoleh majoriti lebih dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), hari ini.

Sehingga jam 9.30 malam ini, GPS mendahului 57 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) diwakili DAP, PKR dan Amanah kalah teruk di kawasan ditandingi.

DAP hanya menang dua kerusi DUN, berbanding tujuh yang dimenangi pada PRN Sarawak 2016.

PKR tewas di semua 28 kerusi yang ditandingi. Pada PRN 2016, PKR menang di tiga kerusi. Amanah pula tewas di semua lapan kerusi ditandingi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat jam 8.45 malam tadi, GPS berjaya memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Bagi pengisytiharan PRN Sarawak Ke-12 hari ini, proses pengundian berjalan dengan baik dan lancar.

“Bagi keseluruhan sehingga jam 8.45 malam, GPS memenangi 45 dari 82 kerusi dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari yang pertama kali bertanding di kerusi DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lalu, menang dengan 4,310 undi.

Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi, calon Parti Amanah Negara, Cikgu Kamal (94 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango (157 undi).

Berita berkaitan
Pantau SOP, elak penularan Covid-19
December 20, 2021· Isu semasa
Selepas satu lagi kekalahan memalukan di Sarawak, PKR nafi Anwar letak jawatan
December 19, 2021· Politik
PRN Sarawak: 39 peratus keluar mengundi hingga tengah hari
December 18, 2021· Politik
Penganalisis jangka pengundi keluar lebih rendah dalam PRN Sarawak
December 13, 2021· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
24 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok