PRN Sarawak: Abang Jo tinggalkan DUN Satok, tanding di Gedong

December 3, 2021 · Politik

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg beralih tempat bertanding apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Agung GPS, Datuk Ibrahim Baki,

Sebaliknya Abang Johari akan bertanding di DUN Gedong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak 18 Disember ini.

Sementara itu, GPS juga menyenaraikan 24 muka baharu termasuk seorang wanita selain mengekalkan sejumlah penyandang pada PRN12 itu.

Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan watikah kepada calon GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Jalan Bako, Kuching. Abang Johari berkata, GPS mengetengahkan muka baharu berusia antara 30-an hingga 40-an dengan memperkenalkan tema ‘Sarawak First’.

Beliau berkata, GPS akan bertanding di semua 82 kerusi dan mereka yang dipilih kali ini akan dilatih dan didedahkan kepada politik ala-Sarawak.

“Politik Sarawak memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan. Kedua, landskap politik hanya orang Sarawak dan oleh sebab itu GPS menggunakan tema tersebut. Selain itu, penerapan wawasan ekonomi baharu berteraskan digital ekonomi dan pengekalan alam sekitar,” katanya.

Abang Johari berkata, GPS memberi pendedahan kepada orang muda kerana mereka mempunyai cara tersendiri.

“Sebab itulah, daripada senarai keseluruhan, kita mempunyai calon berusia 30 tahun, manakala calon wanita dalam lingkungan 32 hingga 33 tahun. Inilah GPS, apabila kita bercakap, kita buat. Orang muda mempunyai latar belakang berlainan yang boleh membawa kesinambungan untuk Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu GPS akan mengumumkan manifestonya pada 8 Disember ini.

Berita berkaitan
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
Keputusan PRN 2023 jejas legitimasi kerajaan Anwar untuk terus memerintah: Jayum
August 14, 2023· Politik
GPS nyata pendirian tak hantar jentera PRN bantu PH-UMNO: Abang Jo
August 1, 2023· Politik
GPS tak hantar jentera bantu kerajaan campuran pada PRN, hantar wakil sahaja
July 16, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok