PRN Sarawak: 39 peratus keluar mengundi hingga tengah hari

December 18, 2021 · Politik

Jumlah pengundi biasa yang telah mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) sehingga jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 39 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar di PRN ini mula mengundi di 1,866 pusat mengundi di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri apabila ia dibuka 7.30 pagi tadi.

Bernama melaporkan beberapa pusat mengundi dijangka ditutup secara berperingkat mulai tengah hari ini sebelum proses pengundian berakhir pada 5 petang.

Pada 14 Disember lalu, sejumlah 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka manakala 17,885 lagi mengundi melalui pos.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 perlawanan empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (73); Parti Sarawak Bersatu (70); PKR (28); DAP (26); Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15); Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11); Amanah (lapan); Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima); dan PAS (satu).

Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN ini.

Berita berkaitan
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Hari pengundian diramal hujan, ribut petir
August 11, 2023· Isu semasa
PN mampu tawan banyak kerusi : Eizlan
August 10, 2023· Politik
14 hari berkempen bagi peluang pengundi menilai
July 25, 2023· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok