PRN: PN perkenal slogan ‘Selangor Baharu’

May 26, 2023 · Politik

Menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada masa terdekat, Perikatan Nasional (PN) Selangor memperkenalkan pra slogan ‘Selangor Baharu’ sebagai tawaran kepada rakyat di negeri ini.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata pihaknya meyakini slogan itu dapat membawa mesej penting kepada rakyat negeri itu.

“”Kita ada dua atau tiga slogan yang lebih kurang sama, tetapi ‘Selangor Baharu’ mungkin digunakan (PAS dan Bersatu) untuk kita menghadapi PRN Selangor,” katanya ketika lapor Sinar Harian.

Menurut Roslan lagi, PN Selangor juga akan memastikan kepimpinan negeri akan diberi kembali kepada anak Selangor jika diberi mandat pada PRN akan datang.

“Kita kemukakan alternatif kepada rakyat Selangor dengan memberi keutamaan untuk memastikan kepimpinan negeri kembali kepada anak negeri terutama jawatan penting seperti Menteri Besar Selangor.

“Jawatan (menteri besar) mestilah terdiri dalam kalangan anak negeri supaya ada citra Selangor dan faham selok-belok kesusahan serta permasalahan rakyat.

“Kalau menteri besar bukan anak Selangor, ada sedikit jurang di situ dan Exco PH (Pakatan Harapan) ketika ini pun tujuh daripada 10, bukan anak Selangor,” katanya.

Tambahnya, meskipun tiada masalah dengan anak bukan Selangor dalam kerajaan PH di negeri itu namun katanya biarlah seimbang dan tidak berlebihan seperti sekarang.

Enam negeri dijangka membubarkan Dewan Undang Negeri (DUN) masing-masing bulan depan bagi memberi laluan kepada (PRN).

Berita berkaitan
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu· Politik
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu· Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
11 jam lalu· Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
12 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
8 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
8 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok