PRN Melaka pun PKR bertanding banyak kerusi, tapi paling banyak kalah

January 28, 2022 · Politik

Seperti diramalkan, PKR akan membolot paling banyak kerusi bersama dengan Parti Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Senario sama dalam PRN Melaka kini berulang di Johor, PKR dengan tamaknya mahu meletak semua calon mereka bertanding di kerusi yang khususnya dimenangi calon Bersatu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Terdahulu, Agenda Daily mendedahkan PKR dan Amanah akan meletak calon terbanyak dalam PRN Johor kali ini berbanding DAP yang hanya akan meletak 16 calon mereka.

Langkah pembahagian kerusi tersebut dibuat secara tergesa-gesa walaupun pada awalnya terdapat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor yang menyuarakan cadangan supaya pembahagian kerusi dirundingi dengan parti luar daripada gabungan itu, ia termasuk Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah hilang pertimbangan dan seakan tidak berakal dalam membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi di Johor, malah PKR juga dilihat mementingkan parti itu sendiri apabila bertindak membuat keputusan untuk menggunakan lambang mereka dalam PRN Johor dan bukan menggunakan lambang rasmi PH.

Nampaknya, satu persatu kelemahan Anwar terserlah dan seakan lebih sayang kepada anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar enggan berunding dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas alasan mereka bukan pembangkang menunjukkan betapa ceteknya mentaliti Ketua Pembangkang tersebut, malah beliau seakan mahu melihat satu lagi kemenangan besar UMNO pada PRN Johor nanti.

Walaupun Bersatu dan PN bukan pembangkang, tetapi mereka mempunyai musuh yang sama dan jika tidak disekat berkemungkinan negara akan kembali ke era kleptokrasi seperti sebelum ini, mungkin itu gamaknya yang Anwar mahu lihat.

Atau mungkin Anwar masih berunding secara diam-diam dengan Zahid di belakang Amanah dan DAP.

Mengambilkira keangkuhan dan kecetekan akal Anwar dalam merancang strategi politik, Anwar kini sudah tidak lagi relevan, DAP dan Amanah sudah boleh menilai sejauh mana kemampuan ketua mereka tersebut yang dilihat gagal menyatukan parti-parti pembangkang untuk duduk dibawah satu khemah besar.

Isu paling kritikal adalah berhubung pemilihan penggunaan lambang, Anwar sekali lagi dilihat tidak mempunyai tauladan kepimpinan atau aura yang sama seperti dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengemudi PH sebelum ini.

Sikap angkuh, mahu jadi abang besar dan pentingkan diri Anwar dan kroni-kroni penyokongnya menyebabkan Amanah dan DAP kini dipinggirkan, ia seakan tidak ada lagi penghormatan antara satu sama lain dalam PH.

Pemerhati politik awal-awal lagi sudah meramalkan PH akan sekali lagi berdepan senario politik sama di Melaka pada PRN Johor, dijangka undi protes akan berulang dikalangan penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati dengan langkah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penyokong pembangkang melihat Anwar menjadi punca kembalinya UMNO berkuasa di Putrajaya, semuanya berpunca akibat tindakan beliau berkomplot dengan Zahid dan rakan-rakan UMNO lain untuk menumbangkan kerajaan PN sebelum ini.

Kini dalam PRN Johor, Anwar juga memainkan peranan sama apabila mahu mencetuskan pertembungan banyak penjuru dengan parti-parti lain yang akan bertanding.

Pastinya, pertandingan banyak penjuru akan memberi kelebihan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), jadi tidak perlulah Anwar bermimpi di siang hari kononnya mereka akan menang di Johor.

Berkemungkinan keputusan PRN Melaka dan Sarawak bakal berulang, tidak ada satu kerusi pun dimenangi PKR kerana kebodohan Anwar yang suka membuat keputusan membuta-tuli.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok