PRN Melaka: PN akan bergerak bersama rakan parti lain tanpa UMNO

October 10, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Melaka akan bergerak bersama rakan parti dalam gabungan itu dalam mengharungi pilihan raya negeri (PRN) Melaka selepas keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memuktamadkan menolak kerjasama.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata keputusan UMNO tersebut dihormati mereka, bagaimanapun mereka akan meneruskan perjuangan dalam menghadapi PRN dengan rakan komponen yang terdiri daripada PAS dan Gerakan.

“Bersatu dan PN menghormati pendirian Presiden UMNO yang mengatakan tidak akan bekerjasama dengan kita.

“Kita sebenarnya tidak bersendirian. Kita ada PN yang ada lima parti dan di peringkat Semenanjung, ada tiga buah parti iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan,” katanya menurut laporan.

Terdahulu, Rafiq merasmikan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Serkam.

Zahid sebelum ini menegaskan tiada keputusan kerjasama antara UMNO dan Bersatu dalam PRN Melaka.

Beliau menjelaskan, selagi tiada perbincangan rasmi antara Badan Perhubungan UMNO negeri dengan Biro Politik, maka belum ada keputusan terhadap kerjasama tersebut.

Dalam pada itu, Rafiq menambah, PN juga menghormati proses demokrasi dan Perlembagaan, sekiranya kerajaan memutuskan untuk tetap mengadakan PRN.

“Kita akan akur segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Sudah tentu segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan akan mengambil kira faktor kesihatan ataupun pandemik Covid-19 ini.

“Namun begitu, sekiranya kerajaan memutuskan untuk mengadakan juga pilihan raya, kita menghormati keputusan itu akan menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN pada kali ini,” jelasnya

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
15 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
16 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
21 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok