PRN Melaka: PM, presiden beri pandangan dalam mesyuarat MT UMNO Khamis ini

October 11, 2021 · Politik

Selepas berlaku beberapa percanggahan kenyataan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut negeri itu.

Menurut Bernama, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan membentangkan cadangan dan langkah yang perlu dilakukan tentang situasi terkini politik Melaka.

Selepas itu, Ahmad Maslan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi pandangan masing-masing berhubung situasi politik negeri berkenaan.

“Segala cadangan dan langkah mengenai apa yang perlu dilakukan selepas ini akan dibentangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali kepada MT.

“Tentunya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Perdana Menteri akan memberi pandangan mengenai situasi politik Melaka,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Zahid mencadangkan agar PRN Melaka diadakan susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Empat ADUN berkenaan diketuai Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Bagaimanapun, sehingga hari ini kerajaan masih belum buat keputusan sama ada PRN Melaka akan diadakan atau pun tidak dan perkara itu akan diketahui selepas diputuskan oleh Kabinet.

Selain itu, pada minggu lalu pula, Ahmad Maslan mengeluarkan pula kenyataan bahawa UMNO mungkin akan mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menasihati Yang Dipertuan Agong supaya darurat diisytiharkan di Melaka.

Ab Rauf selaku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 5 Oktober lepas dilapor berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua Bersatu dan satu Bebas manakala pembangkang memiliki 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua PKR dan dua Amanah.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
30 minit lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
20 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
20 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Popular
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
39 minit lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
14 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
21 jam lalu · Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok