PRN Melaka: PAS tak letak calon di kerusi UMNO, Bersatu

October 14, 2021 · Politik

PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun keputusan itu dicapai dalam usaha PAS mengelak pertandingan tiga penjuru demi mengukuhkan kerjasama dan muafakat ummah antara ketiga-tiga parti.

Sambil menegaskan tidak berbangkit isu PAS bakal kehilangan banyak kerusi yang boleh ditandingi pada PRN nanti, beliau berkata, jumlah kerusi diperoleh parti itu bergantung kepada rundingan ketiga-kita parti kerana PAS lebih mementingkan kemenangan di kerusi yang bakal ditandingi parti kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, gerak kerja PAS diteruskan di 12 kerusi DUN, walaupun jumlah sebenar kerusi bakal ditandingi masih dalam rundingan.

“Kita (PAS) tidak akan ambil kerusi UMNO, kerusi BERSATU. Kita ambil kerusi yang belum dimenangi, kerusi ini PAS nak. Misalnya daripada 12 kerusi (ditandingi PAS di Melaka pada PRU14), mungkin timbang-timbang dapat tujuh atau enam, mungkin enam ini ‘confirm’ bukan UMNO dan BERSATU punya.

“Kita nak elak pertembungan. Apa yang penting calon PH (Pakatan Harapan) tidak menang,” katanya menurut laporan Berita Harian. 

Keputusan PRU14 bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menyaksikan UMNO hanya menang 13 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 15 kerusi dan melayakkan gabungan terbabit yang ketika itu diterajui Bersatu, PKR, DAP dan AMANAH membentuk majoriti mudah.

Kerajaan negeri yang ditadbir PH itu bagaimanapun tumbang pada awal Mac 2020 selepas Bersatu membentuk gabungan baharu dengan Barisan Nasional (BN) Melaka.

Gabungan baharu ketika itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai wakil rakyat Bebas dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia menjadikan BN mempunyai 13 ADUN, ditambah dua ADUN Bersatu, iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Jailani yang kemudian menyertai UMNO pada awal tahun ini dan Norhizam, sekali gus mempunyai sokongan majoriti ADUN.

Bagaimanapun, komposisi berubah selepas pembubaran DUN Melaka 4 Oktober lalu susulan tindakan dua ADUN UMNO, iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), bersama Noor Effandi dan Norhizam menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, turut menegaskan PAS akan menyokong mana-mana calon, sama ada UMNO mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika permuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu.

Namun, katanya, PAS belum memutuskan dasar yang akan diambil jika UMNO dan Bersatu berhasrat meletakkan calon di kerusi dimenangi PH pada PRU14.

“Kalau kerusi itu kerusi (tradisi) UMNO, seluruh pengundi PAS akan sokong calon UMNO, undi akan diberi kepada UMNO, bererti kalau Bersatu masuk, pengundi PAS tidak akan memberi undi kepada Bersatu,” katanya.

“Kalau kerusi itu Bersatu punya, UMNO masuk, orang PAS takkan undi UMNO. Dengan cara ini, dua-dua pihak kena duduk bersama. Jika kerusi PH, kita akan runding, kita akan adakan perbincangan siapa nak bertanding,” katanya.

“Kalau tak ada penyelesaian siapa nak bertanding, dua-dua (UMNO dan Bersatu) masuk, kerusi macam ini kita tak letak dasar buat masa ini. Bagi kita selesai runding dulu, kalau tak boleh jalan keluar, pada masa itu kita akan buat keputusan,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti sekutu, termasuk UMNO yang mahu bersendirian pada PRN Melaka.

“Kalau UMNO tidak mahu bersama, hendak jalan sendiri, kita tiada pilihan, itu bab parti masing-masing. Cuma kita bagitau kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (UMNO, PAS, Bersatu), semua akan rugi, jadi semua kena elakkan tanding tiga penjuru,” ujarnya lagi. 

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok