PRN Melaka: PAS harap tiada pertembungan sesama parti kerajaan

October 16, 2021 · Politik

Parti yang berada dalam kerajaan pusat diharapkan tidak bertembung dalam pilihan raya negeri (PRN) sekiranya ia diadakan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata PAS sangat berharap parti-parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat masih mengekalkan prinsip berteraskan muafakat, ia selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk bertanding secara solo di Melaka.

“Memang menjadi hasrat PAS bertanding dalam PRN Melaka, cuma berapa kerusi belum diputuskan lagi. Kita berharap PRN Melaka nanti akan berteraskan muafakat sebagaimana yang ada di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Kita akan bersama dengan semua parti yang ada dengan kerajaan Persekutuan dan berharap tidak ada pertembungan antara satu sama lain,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu kali ke-54.

Mesyuarat berkenaan diadakan secara hibrid iaitu sebahagian hadir secara fizikal dan sebahagian lagi secara maya dan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PAS gagal memenangi semua 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di Melaka.

Zahid sebelum ini seakan memberi kata putus untuk tidak meneruskan lagi kerjasama dengan PAS, ia selepas parti itu sudah memutuskan kerjasama dengan Bersatu sehingga mengakibatkan kerajaan Perikatan Nasional jatuh.

Pada 4 Oktober lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terbubar selepas Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang sokongan maniriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan sendiri menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok