PRN Melaka: Mohamad akui UMNO bimbang dengan kemarahan rakyat

Kemarahan rakyat terhadap tindakan UMNO yang kemaruk kuasa dan lebih berminat menjatuhkan kerajaan dibimbangi Datuk Seri Mohamad Hasan akan memberi kesan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti.

Timbalan Presiden UMNO itu memberi alasan kononnya takut jika PRN diadakan ia akan mengakibatkan penularan semula Covid-19 walhal realitinya rakyat sudah menyampah dengan karenah pemimpin parti itu yang gila nak berkuasa.

“Walaupun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90 peratus, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak.

“Covid-19 masih berada dalam komuniti, dalam hal ini kita perlu mendengar pendapat pakar perubatan dan pertimbangan sewajarnya perlu diambil,” katanya lapor Bernama.

Mohamad juga membuat pusingan-U sama seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awalnya bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan PRN diadakan tetapi kini membuat pendirian sebaliknya.

Mohamad berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mempertimbangkan pandangan daripada pakar perubatan atau kesihatan mengenai kesan kepada negara dan rakyat sekiranya PRN tetap dilaksanakan.

Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mohamad berkata kerajaan juga perlu mengambil kira faktor lain iaitu negara kini sedang dalam proses pemulihan ekonomi dan sosial susulan wabak maut itu dan rakyat juga baharu dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa justeru PRN Melaka wajar ditangguhkan.

Katanya sekiranya PRN Melaka tetap diadakan, SPR perlu menetapkan kempen pilihan raya dilakukan secara maya dan pengundian dibuat dalam tempoh beberapa hari dan bukannya sehari.

BERITA BERKAIT
POPULAR