PRN Melaka: Ikut strategi Zahid bertanding solo, UMNO mampu menang besar

October 20, 2021 · Politik

Penganalisis tidak menolak UMNO mampu menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika mengikut strategi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding secara solo.

Presiden UMNO itu sebelum ini menyatakan pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak secara solo dalam PRN Melaka dan pilihan raya umum (PRU) nanti, ia memandangkan parti itu memiliki kekuatan yang luar biasa dan majoriti rakyat masih menyokong mereka.

Seorang penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata kedudukan UMNO di Melaka masih kukuh kerana sokongan majoriti orang Melayu kepada mereka, bahkan tanpa kerjasama dengan gabungan parti politik lain mampu meraih kemenangan.

“UMNO mampu menang dengan majoriti mudah jika parti itu memutuskan untuk bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) tanpa kerjasama Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

“Melaka memang kubu UMNO. Sokongan orang Melayu di kawasan majoriti Melayu, khususnya luar bandar, kepada UMNO di Melaka masih kuat, dan mereka tidak perlukan PAS atau Bersatu,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Jelasnya, sokongan akar umbi kepada UMNO masih kukuh walaupun terdapat segelintir kecil pengundi yang sudah berpecah khususnya di kawasan majoriti Melayu.

“Ini kerana sokongan akar umbi kepada UMNO kukuh dan undi yang akan pecah hanya membabitkan saki-baki undi yang tidak menyokong parti itu di kawasan majoriti Melayu,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, PAS dan Bersatu memerlukan sokongan UMNO untuk menang kerana kedua-dua parti tidak memiliki jentera dan sokongan akar umbi yang kuat di Melaka, sekali gus tidak mampu bersaing di negeri itu.

Namun, UMNO berisiko untuk berdepan sabotaj secara dalaman sekiranya pemilihan calon tidak dijalankan secara betul, kata Azizuddin lagi.

Beliau turut percaya UMNO dan BN tidak mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan bandar yang kemungkinan besar kekal milik Pakatan Harapan (PH).

“Kawasan campuran Melayu dan bukan Melayu juga sukar untuk dimenangi UMNO. Jika ada pertembungan tiga penjuru atau lebih di kawasan ini, ia akan beri kelebihan pada Pakatan Harapan,” katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menyaksikan UMNO hanya menang 13 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 15 kerusi, sekali gus melayakkan gabungan terbabit yang ketika itu diterajui Bersatu, PKR, DAP dan Amanah membentuk majoriti mudah.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu, susulan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti apabila empat ADUN ketika itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan UMNO.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
14 jam lalu· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
14 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Hanya untuk parti meterai perjanjian dengan PH saja, Rafizi beritahu Muda
February 9, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
14 jam lalu · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok