PRN Melaka: Hampir 40 peratus pemilih awal keluar mengundi

November 16, 2021 · Politik

Hampir 40 peratus pemilih awal Pilihan Raya Negeri (PPN) Melaka keluar membuang undi di dua Pusat Pengundian Awal (PPA) bermula jam 8 pagi hingga tengah hari ini.

Dua saluran PPA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Ayer Keroh disediakan selain khemah khas tempat mengundi untuk mereka yang mempunyai gejala Covid-19.

Pengundi yang hadir diminta mengimbas suhu dan kod QR MySejahtera serta perlu menggunakan cecair pembasmi kuman sekerap mungkin selain sentiasa diingatkan menjaga penjarakan fizikal.

Di IPK Melaka, seramai 739 pegawai dan anggota berdaftar sebagai pengundi awal dengan empat slot waktu mengundi ditetapkan iaitu jam 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang.

Hadir meninjau pusat pengundian awal itu ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Turut kelihatan di PPA itu ialah calon Perikanan Nasional (PN) Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di IPK Melaka sekitar jam 9.35 pagi dengan diiringi Zaini dan Abdul Majid.

Abdul Ghani menghabiskan masa kira-kira 20 minit melawat PPA tersebut dan sempat bertanya beberapa soalan kepada pegawai SPR dan anggota polis yang bertugas.

Terdahulu beliau turut diberikan sedikit taklimat oleh Abdul Majid sebelum bergerak memasuki kaunter saringan kesihatan dan masuk ke dalam Dewan Serbaguna yang sedang berlangsungnya proses pengundian awal.

Dalam pada itu, setakat 9.30 pagi, tiada pengundi bergejala dikesan namun dua pegawai Kementerian Kesihatan yang lengkap memakai peralatan pelindungan diri (PPE) didapati sentiasa bersedia di PPA tersebut.

Sementara itu, di PPA Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2 menyaksikan Panglima 3 Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim mengundi di pusat berkenaan, pagi tadi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok