PRN Melaka dibimbangi ancam nyawa rakyat: Gerakan

October 10, 2021 · Politik

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana nyawa dan keselamatan rakyat lebih penting, kata Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Dominic berkata bimbang wabak Covid-19 yang semakin reda dan terkawal akan kembali menular sekiranya PRN itu terpaksa diadakan, ia pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada negeri tersebut dan juga rakyat seluruh negara.

“Secara dasarnya, Gerakan menolak PRN Melaka kerana apa yang lebih penting ialah nyawa dan keselamatan rakyat. Kita bimbang wabak COVID-19 tidak boleh dikawal sekiranya berlaku jangkitan ekoran pelaksanaan PRN Melaka.

“Namun pelaksanaan PRN Melaka bukan satu perkara luar biasa kerana semua jentera Gerakan di seluruh negara telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 sekali gus bersedia mengambil bahagian pada PRN Melaka,” katanya pada sidang akhbarhari ini.

Beliau berkata Gerakan akan bertanding di bawah bendera Perikatan Nasional (PN) seperti yang diputuskan dalam Majlis Tertinggi PN, jika diberikan peluang.

Pada 4 Okt lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.

Berita berkaitan
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PAS masih belum tutup ruang untuk penyatuan ummah
August 1, 2022· Politik
GPS sedia hadapi PRU-15 pada bila-bila masa
July 23, 2022· Politik
Pelan B UMNO didedah Mat Maslan boleh cetus krisis politik baharu
July 13, 2022· Politik
Popular
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
August 16, 2022
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
August 15, 2022
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
August 16, 2022
PM faham tuntutan jawatan TPM
August 15, 2022
Lagi Politik terkini
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
12 jam lalu · Politik
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
18 jam lalu · Politik
Kerakyatan automatik dijanjikan Zahid hanya taktik tarik undi
21 jam lalu · Politik
Parti Zuraida belum diterima sertai BN
August 15, 2022 · Politik
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
August 15, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok