PRN: Manifesto PN hampir siap

July 15, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) sudah hampir siap merangka manifesto yang bakal ditawarkan untuk enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata manifesto yang mendukung kepentingan semua lapis masyarakat itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

“Manifesto disiapkan di peringkat negeri secara berasingan dan kita di peringkat Jawatankuasa Pusat hanya bertindak menyelaraskan manifesto itu.

“Alhamdulillah semua negeri kini berada di peringkat akhir persiapan untuk tawaran-tawaran kita bagi PRN. Insya-Allah bila sampai masanya kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 Create Better Malaysia di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, PAS Terengganu mengumumkan manifesto yang menawarkan 10 tawaran kepada rakyat negeri itu sekiranya terus diberi mandat mentadbir, 12 Ogos depan.

Antara tawaran tersebut ialah rakyat yang berkelayakan akan ditawarkan kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa riba sehingga RM4,000 serta khairat kematian sebanyak RM500 selain mewujudkan Tabung Geran Usahawan Belia sebanyak RM5 juta.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
3 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Macam mana ‘banduan’ boleh ada akses Facebook, di penjara atau hospital? soal Rafizi
September 20, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
19 minit lalu · Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
7 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok