PRN Kelantan sedia diadakan pada bila-bila masa: MB

February 18, 2023 · Politik

Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menjangkakan perkara itu akan dibincang dalam pertemuan tidak langsung menteri-menteri besar yang hadir sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu depan, bagi mencari kata sepakat berhubung tarikh sesuai diadakan PRN, menurut laporan Bernama.

“Pertemuan adalah sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja, itu merupakan perkara biasa dengan menteri besar akan berperanan mengiringi serta menjadi penasihat kepada Raja-Raja Melayu negeri masing-masing.

“Jadi, pada masa sama kita juga mungkin akan adakan perbincangan secara tidak langsung mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tarikh PRN.

“Tempoh akhir bagi DUN Kelantan adalah pada 26 Jun, (namun) saya rasa PRN boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kerana kita telah bersedia untuk menghadapinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad berkata kerajaan Kelantan bersetuju menyalurkan sumbangan RM100,000 sebagai soladiriti kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Kita (kerajaan negeri) sangat bersimpati dengan bencana gempa bumi yang melanda kedua-dua negara berkenaan dengan jumlah mangsa korban mencecah lebih 40,000 orang.

“Kita menyumbang walaupun jumlahnya tidak seberapa bagi membantu rakyat kedua-dua negara yang terlibat,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu· Politik
Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
May 28, 2023· Politik
Cuba pecahbelahkan PN dengan buat tawaran kepada PAS: Razali
May 28, 2023· Politik
PRN: Rakyat perlu tolak UMDAP yang mahu selamatkan pemimpin ada kes mahkamah
May 27, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok