PRN Johor, UMNO sudah berani derhaka titah Sultan Johor?

January 17, 2022 · Politik

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini dengan tegas bertitah agar ahli politik berhenti berebut kuasa, bagaimanapun nampaknya ia tidak diendahkan UMNO yang lebih mahu mementingkan kuasa dominan mereka.

Jika sebelum ini semasa krisis politik di peringkat kerajaan pusat, UMNO bersungguh-sungguh menggunakan alasan kononnya tidak mahu menderhaka kepada Institusi Diraja tetapi kini seakan-akan pemimpin utama parti itu sudah berani mencabar titah Sultan Johor pula.

Untuk rekod pada 10 Ogos tahun lalu, Baginda bertitah agar semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat serta perpaduan ummah dan bukan demi kepentingan peribadi.

“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berdepan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titah Baginda dalam satu kenyataan tahun lalu.

Namun, pemimpin UMNO waktu itu khususnya Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama gerombolan Ahli Parlimen (MP) bertindak mengabaikan titah tersebut sebaliknya meneruskan rancangan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kini, UMNO sekali lagi mengambil langkah sama apabila meneruskan rancangan untuk mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan pula.

Namun, bagi Timbalan Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Najmuddin Mahmood, langkah UMNO tersebut sama sekali tidak wajar dan merayu kepada Sultan Johor agar tidak membiarkan rakyat dalam kesusahan akibat kerakusan ahli-ahli politik mengejar kuasa.

“Saya rasa kalau rakyat bersuara, Tuanku mesti dengar suara rakyat sebab Baginda adalah pemimpin yang saksama dan tidak memihak kepada ahli politik yang rakus,” katanya dipetik portal SatuBerita.

Beliau menambah, malah sebelum ini Sultan Johor pernah menegur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya mengutamakan kebajikan rakyat daripada agenda politik sempit.

“Teguran Baginda itu benar dan tepat kerana ahli politik tidak sepatutnya pentingkan diri. Mereka wakil rakyat bukannya wakil parti politik.” tambahnya.

Sementara itu Penganalisis Politik, Mujibu Abd. Muis berkata, Sultan Johor boleh menasihati pemimpin negeri jika mereka bertegas mahu mengadakan PRN.

“Buat sementara waktu, mungkin Tuanku Sultan boleh pertimbangkan untuk tangguh. Kalau kita tengok apa yang berlaku di Melaka, kurang jumlah pengundi yang turun mengundi, itulah yang boleh juga berlaku di negeri Johor,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menambah, dengan pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada masa ini, sentimen dan mood rakyat dalam konteks untuk berpolitik berada di tahap yang paling rendah.

“Saya berharap Tuanku Sultan menghalang pilihan raya berlaku, kita masih lagi dalam keadaan tidak berapa stabil,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok