PRN Johor, tunggu keputusan UMNO negeri: Mahdzir

January 15, 2022 · Politik

Sebarang keputusan berhubung langkah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan UMNO Johor, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata parti di peringkat pusat akan bersedia dengan sebarang kemungkinan PRN Johor diadakan, ia selepas timbul spekulasi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN), parti yang sentiasa bersedia. Apa juga keputusan UMNO Johor kita sentiasa bersedia,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Berhubung sama ada UMNO akan bergerak solo atau menjalinkan kerjasama dengan gabungan parti lain dalam PRN itu, katanya, perkara itu akan diputuskan secara konsensus dalam parti.

“Solo atau tidak itu terserah kepada keputusan parti. Saya sebagai naib presiden, saya tak berhak bercakap bagi pihak parti, terserah kepada parti.

“Berdasarkan konsesus parti jika kita buat seperti Melaka nak jalan solo kita akan buat macam PRN Melaka. Kalau kita buat sebaliknya jadi kita tak pergi solo,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok