PRN Johor: Rakyat diajak tamatkan kegilaan politik UMNO

February 19, 2022 · Politik

Pengundi Johor diajak menghentikan kegilaan politik UMNO dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu 12 Mac depan.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kerosakan yang sedang dilakukan UMNO menerusi teori domino menjatuhkan kerajaan negeri satu persatu dengan mengadakan PRN, perlu dihentikan.

Justeru, beliau menggesa rakyat Johor memulakan langkah untuk menamatkan kegilaan politik yang rakus dan tamak kuasa itu.

“Jika UMNO dan BN menang PRN Johor, mereka akan mengadakan PRN di negeri lain pula sehingga akhirnya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kesan dan implikasi PRN Johor akan dirasai seluruh rakyat Malaysia. Ini akan merosakkan satu negara. Mereka menggunakan teori domino dengan bermula di Melaka, apabila jatuh, maka akan jatuh satu lagi dan seterusnya.

“Jadi bermula pada PRN Johor kita harus menghentikan teori domino ini dan pastikan tiada negeri yang akan terus jatuh lagi,” katanya.

Wan Saiful berkata, PRN Johor tidak sepatutnya diadakan dan alasan kekurangan majoriti kerusi adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau mengambil contoh, kerajaan Kelantan yang diperintah PAS pernah mengalami situasi yang sama seperti di Johor.

“PAS pernah alami situasi yang sama di Kelantan apabila menang PRU pada 2004 dengan dua kerusi majoriti. Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggal dunia setahun kemudian.

“Maka tinggal seorang sahaja ADUN dan yang ‘best’ pula tu, ADUN PAS yang menang itu hanya dengan majoriti dua undi tetapi dari tahun 2005 hingga 2008, kerajaan pimpinan PAS kekal sampai tiba masa DUN dibubarkan.

“Kerajaan Kelantan masa itu tidak pernah sebut kerajaan tidak stabil. Ini menunjukkan UMNO (di Johor) tidak pandai menguruskan negeri, sudah lah tidak tahu… bodoh sombong pula itu, tak tahu tanyalah,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 orang pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa, 10,955 orang anggota tentera dan pasangan, 11,576 orang anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
49 minit lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
6 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Mat Maslan dakwa kenyataan palsu Zahid dicalon jadi PM selepas keputusan mahkamah
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
10 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
23 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok